Susah nak tidur atau kerap terjaga pada waktu malam? Mungkin ada di antara anda yang mengamalkan pengambilan ubat dan lazimnya ubat batuk atau selesema untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak.
Foto: Valley Sleep Center
Tahukah anda mandi sebelum tidur sebenarnya sangat bermanfaat? Memetik portal Time, kajian mendapati mandi pada waktu malam boleh buat anda tidur dengan lena.
Dr. Dianne Augelli dari Pusat Perubatan NewYork-Presbyterian/Weill Cornell berkata suhu tubuh memainkan peranan penting dalam mengawal ritma sirkadian, yang memberitahu bila tubuh perlu berasa mengantuk atau Waspada.
Foto: Internet
“Mandi adalah proses mendinginkan tubuh yang kemudiannya merangsang hormon oksitosin atau kebahagiaan untuk mengusir tekanan, lalu merangsang anda untuk tidur,” ujar Dr. Dianna Augelli.
Sementara itu, Shelby Harris dari Pusat Perubatan New York’s Montefiore mendapati mandi pada waktu malam dapat menurunkan suhu badan, sekali gus meningkatkan efek merangsang tidur.
"Sebaiknya, mandilah 90 minit sebelum waktu tidur supaya dapat memberi ruang untuk tubuh menurunkan suhu badan dan kemudiannya memberi isyarat bahawa tubuh sudah siap untuk berehat (tidur)," katanya.
Foto: askmen.com
Jadi, kalau anda mahukan tidur yang berkualiti dan nyenyak serta bangun dengan segar keesokannya, amalkanlah rutin mandi sebelum waktu tidur. Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda. - CARI |