|
Aku ada satu kisah seram.benda ni berlaku sejak aku kerja 8 tahun dulu kat tempat aku keje.
Tiap-tiap bulan mesti berlaku hal yang sama.sampaikan bos kitorang pun masuk opis takut-takut je.Kalau dia masuk opis,kami tengok dia selalu tunduk tak tahu kenapa.macam takutkan sesuatu.
Cam biasa ada satu bulan tu aku tanya la bos aku.aku ni bukannya rapat sangat dengan bos aku.maklum la,kira masa tu aku staff baru lagi.
Aku rasa ketakutan bos aku ada kaitan dengan peristiwa rasukan yang menimpa staf-staf lama kat opis aku terutama yang dah berkeluarga
Jadi aku tanya dia la dia ada masalah ke kat opis kitorang ni.bos aku diam xnak jawab.kemudian tiba-tiba dia bersuara,"betul ke awak nak tau ni"...aku jawab la "ya,bos.risau jugak kan kalau ada something yang hardcore kan"...bos aku balas "nanti awak akan biasakan diri".
Aku pun diam malas nak push bos aku.sebelum beredar tu aku tanya bos aku gaji dah masuk ke. Dia jawab "dah".bukan main seronok aku hari tu.
Cam bese staff lain ada yang kerasukan..ada yang suh istighfar sebagainya.aku masa tu malas nak layan pasal aku bukan tau sangat pasal ni.aku tau balik kang g bank cucuk duit.boleh la belanja awek aku makan malam tu.
Bunyi je loceng aku sepantas kilat sambar helmet,start motor n terus pecut ke bank.sampai-sampai kat bank ramai pulak beratur.tunggu punya tunggu akhirnya tibalah giliran aku.
Masuk kad,password dan amaun.tiba-tiba keluar kat skrin "baki akaun anda tidak mencukupi" or something macam tu la.tiba-tiba aku kerasukan teringat kat bos aku.gaji tak masuk lagi rupanya.patut la ramai kerasukan di opis tadi.diorang dah check online tapi tak bagitau aku.
Pagi esok kat opis bos tunduk je bila tengok aku.hampeh......
Tu lah kisah seram aku.bos kata gaji dah masuk,g cucuk kat ATM gaji belum masuk rupanya.
|
|