Ingat lagi anak patung atau boneka yang jadi mainan zaman kanak-kanak dulu? Ingatkan, manusia sahaja yang akan dimasukkan ke hospital kalau jatuh sakit. Rupa-rupanya, boneka juga kena masuk ke hospital jika 'tercedera'.
Maklumlah, budak-budak kan suka hempuk-hempuk mainan. Bukan setakat kaki dan tangan terburai, kepala pun boleh pecah. Itu belum lagi bola mata terperosok ke dalam kepala. Boleh meremang kita dibuatnya!
Anda rasa mereka 'hidup' ke menjelang malam?
Foto: Brilio
Di Lisbon, Portugal, terdapat sebuah hospital boneka. Hospital De Bonecas ini ditubuhkan sejak tahun 1830. Maknanya, sudah 187 tahun! Ia memberikan 'rawatan' kepada boneka dari bahan plastik, porselin, seramik, metal, bulu biri-biri dan kain yang rosak.
Boneka yang cedera akan dirawat 'doktor' Manuela Cutilero yang sudah berkhidmat di situ selama 30 tahun. Ada juga pakar bedah plastik berkhidmat di situ.
Foto: AFP
Seperti hospital lain, pemilik perlu menunggu hingga boneka 'sembuh'. Kalau mengganti mata, bibir atau tangan, ia akan mengambil masa 4 bulan atau lebih. Pendek kata, selagi tak sempurna takkan boleh dibawa pulang. Alamak, mesti tak tahan rindu!
Bahagian anggota 'palsu' yang menunggu untuk dipasang semula
Foto: Brilio
Boneka yang dihantar akan dikenal pasti terlebih dahulu sebelum diagnosa dibuat. Setelah itu, barulah 'pembedahan' dilakukan.
Sama seperti hospital biasa, hospital ni dilengkapi stok donor organ. Mata, kaki, tangan, bahkan kepala juga ada yang disumbangkan kepada hospital ini untuk dipasangkan kepada boneka rosak. Paling banyak adalah stok mata kerana budak-budak memang suka jolok mata dulu. Dah nasib boneka macam tu, nak buat macam mana lagi kan.
Foto: AFP
Kalau ke Lisbon, jangan lupa melawat
Kini, rata-rata pengunjung adalah orang tua yang ingin 'memulihkan' boneka dari zaman kanak-kanak mereka dengan tujuan untuk disimpan sebagai kenangan.
Hospital de Bonecas juga memiliki sudut-sudut klasik. Banyak laci, ruang perawatan dan semestinya pelbagai bentuk tubuh boneka.
Seram?
Sudah tentulah! Mesti ada kisah di sebalik boneka yang dah jadi sejarah ini.
Ada juga aksesori dijual di sini
Foto: Brilio
Gajet
Kalau Gen-Y, mungkin tak main anak patung macam kita dulu-dulu dah. Tapi main gajet pula hingga ketagihan. Dalam gajet memang ada anak patung, tapi tak boleh sentuh apa lagi nak dirodok matanya sampai terperosok dalam tengkoraknya. - CARI |