Bercakap tentang iklan pakaian bersaiz besar, mesti dalam kepala kita membayangkan model yang memperagakan pakaian tersebut bersusuk besar, gempal dan sebagainya. Jarang sekali kita dengar pakaian besar diperagakan model bersusuk kecil molek, kan?
Bagaimanapun, terdapat sebuah iklan fesyen baru-baru ini dikecam, malah ia mencetuskan kemarahan orang ramai!
Kenapa marah sangat tu?
Memetik The Independent, laman web jualan dalam talian Wish.com menggunakan model bertubuh ramping bagi menggayakan jenama pakaian dalam terbaru mereka khas untuk wanita bertubuh 'plus sized'.
Foto: Mail Online
Mana tak sentap, guna model kurus untuk menggayakan pakaian bersaiz besar. Mesti mereka bertubuh besar terasa seperti disindir.
Tak cukup dengan itu, iklan itu bagaikan mengejek mereka bertubuh besar dengan memasukkan tubuh mereka ke dalam 'sebelah kaki' pakaian dalam itu.
Syarikat terbabit dikecam sekeras-kerasnya oleh netizen kerana tidak memilih model bersesuaian bagi memperagakan pakaian dalam berkenaan.
Foto : Scarymommy.com
Foto : thoughtcatalog.com
Sehingga kini, syarikat itu masih belum memberikan maklum balas berhubung isu itu.
Tapi, tak mustahil juga gaya mereka tu seperti nak menunjukkan betapa bagusnya kualiti kain digunakan hingga boleh diregangkan sedemikian, kan? - CARI |