|
Manusia semakin hari semakin pelik! Batu bata yang menjadi bahan binaan rumah dan bangunan kini menjadi kegilaan buat lelaki ini!
Foto : Guronicle.com
Uishh! Sukar untuk percaya bukan? Batu bata keras, pasir yang kasar serta lumpur berbau busuk itulah yang menjadi pilihan lelaki ini. Anda pasti merasa jijik bukan?
Dipetik dari MJ Celebrity Magazine, lelaki berasal dari India, Pakkirappa Hunagundi ini berusia 33 tahun dan dia sangat ketagih dengan memakan batu-bata, pasir dan lumpur. Dia bagaikan sudah sebati dengan makanan sebegitu.
Bayangkan, dia mula memakan objek pelik itu sejak berusia 10 tahun sehinggalah ke hari ini. Lamanya!
"Saya perlu memakannya setiap hari dan tidak boleh berhenti makan," ujarnya yang tidak mahu memakan makanan lain selain dari benda pelik itu. Sedap barangkali!
Ibu mana tak risau bila anaknya memiliki hobi pelik. Membahayakan kesihatan pula tu! Sudah bermacam cara dilakukan bagi membuang tabiat luar biasanya itu, malangnya ia tidak berkesan. Bagai mencurah air ke daun keladi!
"Bagi ayam goreng sekalipun, saya tetap pilih batu bata ini," katanya.
Ini dah tahap gila kalau sampai sanggup menolak sepinggan nasi yang penuh lauk semata-mata untuk memakan benda tersebut.
Tapi, dari sudut positifnya, ia memang menjimatkan. Mana taknya, tak memerlukan kos tinggi untuk menyediakan bahan makanannya. Malah, ia boleh didapati dengan percuma saja! Tapi, dari sudut positifnya, ia memang menjimatkan. Mana taknya, tak memerlukan kos tinggi untuk menyediakan bahan makanannya. Malah, ia boleh didapati dengan percuma saja! Aneh bukan?
Untuk pengetahuan anda, setiap hari dia mampu untuk makan sebanyak 3 kilogram batu bata bagi memuaskan ketagihnya itu. Tubuh dia tak berasa anehkah apabila perut hanya dipenuhi batu bata? Tertanya-tanya juga, tak pernahkah dia jatuh sakit kerana kekurangan zat?
Disebabkan hobinya yang pelik itu, doktor menjelaskan bahawa Hunagundi berkemungkinan menghidap penyakit gemar memakan benda yang tidak memberikan khasiat sama sekali iaitu Pica.
Pica? Apa tu?
Foto: MJ Celebrity Magazine
Pica adalah sejenis keinginan kuat untuk makan makanan yang bukan dari bahan makanan seperti kapur, pasir, batu, rambut dan lain-lain lagi. Biasanya, seseorang yang hobinya begitu dikaitkan dengan keadaan di mana kekurangan gizi seperti anemia, kehamilan atau sejenis penyakit jiwa.
Oh! Patutlah, ada juga ya, penyakit sebegitu?
Yang peliknya lagi, Hunagundi juga tidak pernah jatuh sakit semenjak makan objek pelik sebegitu. Okey, dah terjawab soalan di atas tadi.
Foto: Guronicle.com
Diharap, Hunagundi dan semua orang yang mempunyai hobi sebegini dapat dirawat kerana hobi sebegini dapat mengancam nyawa mereka terutama bagi mereka yang gemar memakan objek tajam. - CARI |
|