Penduduk lembah Klang pasti tahu dengan kewujudan sebuah restoran yang terletak di Damansara Utama ini. Village Park Restaurant bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai menjamu selera, malah turut menjadi tempat makan kegemaran selebriti tanah air, ahli politik serta para VVIP.
Antara yang pernah menjamu selera di sini ialah Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak, jaguh badminton negara; Dato’ Lee Chong Wei dan ia juga merupakan restoran kegemaran Tun Dr Mahathir untuk bersarapan.
Foto: Village Park FB
Foto: Mukhriz Mahathir
Apa yang istimewa tentang restoran ini? Ia terkenal dengan sajian nasi lemak ayam goreng.
Nasi lemak yang dimasak lembut dan wangi, dihidang bersama sambal enak serta dilengkapi dengan ikan bilis garing, kacang tanah rangup, hirisan timun segar, potongan telur yang direbus sempurna dan dialas dengan daun pisang. Aroma daun pisang dan nasi memang membangkitkan nafsu makan dan selera.
Foto: IG Villageparkofficial
Anda wajib pesan nasi lemak beserta ayam goreng kerana ayam goreng di sini dikatakan antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Ia digoreng garing dan bersaiz besar. Puas makan!
Foto: Instagram
Selain itu lauk sampingan yang anda boleh makan bersama nasi lemak ialah sambal sotong dan rendang daging. Kedua-dua menu ini turut mendapat permintaan tertinggi di kalangan pelanggan!
Kalau pergi ramai-ramai, boleh pesan lontong sekali. Lontong Village Park pun sedap!
Jika anda tak terasa nak makan nasi lemak, anda boleh pesan Mi Udang Penang, Assam Laksa, Mi Rebus Singapura Mi Kari atau set nasi dagang. Pan Mee, Chee Cheong Fun dan Ipoh Hor Fun Soup turut dihidangkan di sini.
Foto: Instagram
Sajian ringan seperti Roti Sambal, Roti Kukus dan Roti Bakar turut disediakan di sini. Untuk minuman anda boleh pesan Honey Lemon atau Kopi O bagi melengkapkan hidangan nasi lemak anda. Memang sempurna hidangan nasi lemak beserta Kopi O!
Alamat:
Village Park Restaurant,
5, Jalan SS21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: 6.30 pagi-7.30 petang
Sabtu & Ahad: 6.30 pagi-6 petang
Kebiasaannya pengunjung yang datang sini agak ramai. Namun sememangnya berbaloi menunggu meja di sini!
Ayuh, tunggu apa lagi? Jom pergi! -CARI |