View: 2385|Reply: 3
|
Dah Elok Jadi Manusia, Nak Jadi Kambing Pula! Apa Kes?
[Copy link]
|
|
Kalau penat dan tertekan dengan hidup, pergilah bercuti dan tenangkan fikiran. Tak pun, luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan.
Itu apa yang kebanyakan orang lakukan bagi meluahkan masalah yang membelenggu jiwa dan fikiran. Namun, berbeza dengan lelaki ini yang memilih untuk menjadi kambing berikutan penat menjadi manusia. Lebih tepat lagi, desakan hidup, menganggur dan masalah peribadi yang tak habis-habis membuat dia memilih untuk hidup seperti kambing. Dah macam sakit mental pula lagaknya!
Thomas Thwaites dari United Kingdom sanggup ke pergunungan Swiss dan belajar menikmati kehidupan seperti seekor kambing.
Setelah melihat keceriaan seekor anjing rakannya, dia nekad untuk menjadi kambing dengan cara memasang usus kambing buatan manusia di bahagian pinggangnya untuk memudahkan dia mencerna rumput hijau.
Malah, dia turut memasang kaki kambing untuk merangkak seperti kambing supaya diterima sebilangan kambing di situ. Meskipun dia dilihat aneh oleh kambing lain, akhirnya seekor kambing yang sentiasa mengekorinya menyentuh hidungnya sebagai tanda dia diterima.
Walaupun seringkali jatuh tergolek, dia tidak berputus asa untuk menyesuaikan diri menjadi seekor kambing. Katanya kehidupan seekor kambing adalah lebih menenangkan dari seorang manusia kerana kambing hidup lebih rileks.
Foto: Mirror
Hmm macam-macam jenis orang di dunia ini. Ada kalanya, tak terjangkau dek akal. Kalau ada masalah sekalipun, banyak lagi cara yang lebih baik, kan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cerita lama dah...huh |
|
|
|
|
|
|
|
Norlili ni baru bangkit dari kuburan ke apa? cerita nih dah berkurun kot?? |
|
|
|
|
|
|
|
booo cari-norlili.. kalau hg gudak u, sah2 kan buat kerja harap google kopipes jah.. cerita lama la cari norlili oiii |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|