|
Gara-gara syak wasangka, wanita maut dipukul suami di Matang, Taiping, Khamis lalu, lapor Bernama.
Noor Waheedah Abd Wahid, 38, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh kira-kira jam 9.30 malam Sabtu, kata Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11 malam, Khamis. Keesokannya, kira-kira 9.15 pagi, seorang pekerja buruh lelaki berusia 40 tahun datang ke Balai Polis Kuala Sepetang membuat laporan memberitahu dia telah memukul isterinya.
"Isterinya cedera, lalu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke HRPB selepas disyaki mengalami pendarahan dalam otak," katanya.
Sementara itu, hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa disebabkan trauma tumpul.
Tambah Mohamad Taib, suspek ditahan dan direman tiga hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan.
"olis akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas suami mangsa esok (Isnin) untuk siasatan lanjut kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"unca kejadian, suami mengesyaki isteri ada hubungan rapat dengan lelaki lain," katanya.
Pasangan berkenaan memiliki empat cahaya mata berusia lima hingga 15 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. - CARI |
|