CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 1

Makin Ramai Lelaki Lakukan Pembedahan Kecilkan Payudara

[Copy link]
Post time 5-2-2018 10:18 AM | Show all posts |Read mode
"Saya sedar ada perubahan tidak normal di bahagian dada sejak beberapa bulan lalu. Ia amat memalukan dan memberi tekanan kepada saya."


Itulah yang berlaku kepada Sameran Gupta, 20 seorang lelaki yang kini mengalami tekanan dan memilih untuk menjauhkan diri daripada rakan-rakan selepas menyedari buah dadanya semakin membesar.


Teman wanitanya yang bimbang dengan keadaan itu memaksa Sameeran berjumpa dengan doktor sebelum dia disahkan menghidap gynaecomastia iaitu gejala pembesaran buah dada lelaki.


"emeriksaan kesihatan mengesahkan yang saya menghidapi gynaecomastia dan saya sudah pun menjalani pembedahan mengecilkan buah dada," kata Gupta.


Memetik Mail Today, Dr Anup Dhir, pakar bedah kosmetik plastik dan andrologi kanan di Hospital Apollo memberitahu bahawa pembedahan mengecilkan payudara lelaki adalah amalan biasa dalam masyarakat urban hari ini.

"Trend ini semakin meningkat dalam kalangan orang muda kerana mereka terpengaruh dengan filem yang memaparkan dada pelakon lelaki yang terbentuk cantik.

Add Image Caption Here




"Namun, pembesaran buah dada sememangnya satu isu kesihatan yang serius. Kita melihat kira-kira 10 kes sebulan dan hanya dua atau tiga pesakit yang akan menjalani pembedahan gynaecomastia.

"Kos pembedahan ini dianggarkan antara INR75,000 (RM4,551) hingga INR150,000 (RM9,102)," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2018 11:02 AM | Show all posts

Bajet

Nak tayang bulu dade kat awek tapi kene gelak ke camne?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.068762 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list