CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2088|Reply: 8

Senarai Ciptaan Yang Disalah Guna, 4 Saintis Ini Sendiri Menyesal Kerana Mencip

[Copy link]
Post time 5-2-2018 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Seorang saintis adalah seorang yang dididik dengan penuh etika dan nilai moral yang tinggi. Seluruh universiti dalam dunia tidak sebarangan memberi penghormatan dengan gelaran Doktor Falsafah atau Profesor kalau bukan atas jasanya terhadap institusi khususnya dan manusia sejagat amnya. Namun, di bawah adalah 4 orang saintis yang menyesal dengan hasil penemuan dan ciptaan mereka yang disalah guna.


1. John Sylvan- Keurig K-Cup


Sumber: choptanknyc.com


John Sylvan adalah individu yang bertanggungjawab dalam memberikan idea kepada penghasilan K-Cup yang mencemarkan alam sekitar. Apakah K-Cup? K-Cup adalah kopi pra campuran yang dibancuh menggunakan mesin kopi jenama Keurig yang sangat popular di Amerika Syarikat. Ia memudahkan penggunanya untuk membancuh kopi tanpa menyukat berapa gram nisbah kopi dan air diperlukan untuk meghasilkan secawan kopi. Keseluruhan plastik K-Cup pada tahun 2014 sahaja jika dikumpulkan dan disusun, jumlahnya mampu mengelilingi dunia sebanyak 10 kali. Dalam satu sesi temubual dilakukan, John Sylvan mengaku menyesal mecipta K-Cup ini.


2. Mikhail Kalashnikov- Senapang AK-47


Sumber: ibtimes.co.uk


Siapa penggemar permainan video perang mesti tahu akan senapang AK-47 yang digunakan oleh pihak tentera dan pengganas. Penciptanya Mikhail Kalashnikov meninggalkan sepucuk surat yang menyatakan kekesalan beliau mencipta senjata yang digunakan untuk membunuh ramai manusia dalam peperangan. Pengikut kuat Kristian Ortodoks ini meninggal dunia pada usia 94 tahun memberitahu yang beliau mencipta senjata ini semata-mata untuk membantu mempertahankan negaranya dan tidak menjangka ia akan digunakan untuk pelbagai tujuan keganasan yang lain.


3. Alfred Nobel- Bom Dinamit


Sumber: m-staging.timeline.com


Pada asalnya Alfred Nobel mencipta Dinamit untuk membantu para pelombong di Amerika Syarikat melombong. Selain mempercepatkan proses galian, ianya juga membantu ekonomi para usahawan lain dalam mengaut hasil bumi. Seperti juga Mikhail Kalasnikov yang menyesal atas ciptaannya, Alfred Nobel sudah menyangka bahawa ciptaannya akan mampu membunuh manusia lain. Atas sebab itu, beliau mewujudkan Hadiah Keamanan Nobel (Nobel Peace Prize) yang diberikan kepada aktivis yang memberikan impak besar ke arah keamanan dunia.


4. Albert Einstein- Bom Atom


Sumber: 25yearslatersite.com


"Jika saya tahu bahawa pihak Jerman tidak berjaya menghasilkan bom atom, maka saya tidak akan berbuat apa-apa (merujuk kepada cadangannya kepada Presiden Franklin Roosevelt)"


Ini adalah kata-kata Albert Einstein yang menunjukkan kekesalan selepas bertanggungjawab mencipta bom atom yang telah membunuh berbilion manusia dari seawal teori E=MC2 diperkenalkan. Ketika "Manhattan Project" dilancarkan, pihak tentera Amerika telah berjaya menghasilkan bom atom yang telah digunakan untuk menamatkan perang seperti yang diletuskan di Hiroshima dan Nagasaki dahulu. Kawasan yang terkena bom itu sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya dari pencemaran radiasi yang teruk. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alololo... kan dah nyesal... {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alololo... kan dah nyesal... {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakta menarik tambah ilmu pengetahuan hari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 05:23 PM | Show all posts
Macam ulang siar je
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Childish detected commenting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2018 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dunia kan brevolusi.. Kalo buksn deols yg cipta. Mungin akan ada sainstis lain yg cipta. Manusia kan sentiasa mencari dan mengkaji.. 1000 tahun akan dtg x mustahil lg canggih n pelik2 ciptan manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya albert Einstein..fizik buat rambut org I'd haywire ke. Ade lecturer fizik aku, kalau habis opis hour, jumpe kat luar, mungkin igt die org xbetul.dgn rambut serabai (rambut keriting tebal) dgn baju serabai..nasib baik genius
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2018 06:36 AM | Show all posts
felinecat replied at 7-2-2018 05:56 AM
Hebatnya albert Einstein..fizik buat rambut org I'd haywire ke. Ade lecturer fizik aku, kalau habis  ...

mmg kebanyakan prof2 dan doktor yg tggi2 pangkatnya nmpak serabai.... kalau di negara Barat, kalau lelaki tu hensem berotot selalunya deyols dianggap tak bijak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050395 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list