"elik ada lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan kepada saya."
Dr Say Shazril berkata demikian ketika bercerita mengenai pengalamannya pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media sosial, lapor Astro Gempak.
Doktor yang mula terkenal dan tular sejak tahun lalu itu bagaimanapun memilih untuk mengabaikannya dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.
"Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.
"Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya.
"Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur seksual seperti itu. Adatlah, media sosial," katanya kepada Astro Gempak.
Wah, berani mati mereka ni! Konfiden betul dengan 'aset' mereka. Mungkin mereka ingat Dr Say akan tertarik dan terpikat apabila melihat gambar kemaluan mereka.
"Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.
"Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal," jelasnya.
Foto: IG Dr Say
Nak menggoda pun, agak-agaklah. Entah elok, entah tidak 'rupanya'. - CARI |