CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2311|Reply: 4

Undang-Undang Pelik Di China, Siapa Sangka Angsa Pun Boleh Jadi Polis

[Copy link]
Post time 9-3-2018 03:46 PM | Show all posts |Read mode
China adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai undang-undang yang unik. Antara undang-undang tersebut adalah penguatkuasaan polisi satu keluarga hanya satu anak sahaja dibenarkan. Jika ada ibu bapa yang melanggar perintah, mereka akan dikenakan hukuman tertentu. Walau bagaimanapun, polisi ini dilonggarkan pada tahun 2015. Mari kita lihat, apakah undang-undang unik yang lain di China.


1. Wajib bagi anak yang telah dewasa untuk melawat ibu bapa


Sumber: newseastwest.com


Hubungan kekeluargaan adalah sangat penting bagi warga China. Mereka mahu mengurangkan kes warga emas yang kesepian yang kini semakin menular terutama dalam generasi ini. Undang-undang hak warga emas telah diperkenalkan memperuntukkan anak-anak wajib untuk melawat ibu bapa. Walaupun begitu, tidak ditetapkan pula berapa kali wajib melawat itu. Apabila kes-kes ini dibawa ke mahkamah, kebiasaannya berakhir dengan aman atau pun pihak mahkamah boleh memaksa si anak untuk melawat ibu bapa mereka beberapa kali sebulan. Undang-undang ini adalah lebih kepada mesej kepada orang ramai supaya warga emas tidak dilupai.


2. Tidak dibenarkan kakitangan lelaki mempunyai setiausaha wanita


Sumber: pexels.com


Undang-undang ini membuatkan semua kakitangan penjawat awam di wilayah Sichuan tidak mempuyai setiausaha wanita. Mengikut China Youth Daily, pada tahun 2003 setelah undang-undang ini diperkenalkan, ia dikuatkuasakan secara serius. Antara kesan selepas undang-undang ini dilaksanakan adalah kakitangan lelaki lebih fokus dan tidak terganggu dengan kehadikan setiausaha wanita. Dengan kata lain, mereka akan bekerja seperti yang sepatutnya. Kalau kat Malaysia, aktiviti 'makcik bawang' patut dikekang kalau nak fokus kerja.


3. Angsa ini berfungsi seperti pegawai polis


Ada juga angsa-angsa dilatih sebagai paramilitari di China
Sumber: thedailychina.org


Ada beberapa wilayah pedalaman China yang menggunakan angsa untuk melindungi harta benda dan menangkap penjenayah. Dah macam polis dah tugasan angsa-angsa tersebut dan dikatakan ianya sangat efektif berbanding polis. Hakikatnya, ia bukannya undang-undang sebenarnya kerana ia adalah salah satu ciri-ciri unik dalam sistem perundangan di China. Lepas ni kalau bela anjing tak berapa efektif nak jaga rumah, boleh bela angsa. Agak-agak terdesak, boleh sembelih buat makan. Halal!


4. Wajib melawat kampung kuno kepada kakitangan kerajaan


Sumber: en.wikipedia.org


Kakitangan kerajaan di wilayah Guizhou dikehendaki mengikut undang-undang tersendiri apabila ia dikuatkuasakan. Mereka diarah untuk 'berlakon' sebagai pelancong dan melawat kampung kuno dalam daerah itu supaya ramai lagi pelancong sebenar datang melawat kampung tersebut. Ada di antara mereka dipaksa menaiki beberapa bas sejauh 32 kilometer dari bandar untuk ini. Kalau ada yang menaja, apa salahnya kan? Kerja sambil melancong.


5. Tempat tinggal selamanya adalah di tempat lahir


Sumber: iainhamill.wordpress.com


Sistem Hukou adalah sistem rekod rakyat China purba yang masih diamalkan sehingga hari ini. Ada beberapa ahli Parti Komunis yang berpangkat tinggi sudahpun menyuarakan agar undang-undang ini dimansuhkan. Walaupun begitu, ia masih dikuatkuasakan di sesetengah wilayah China. Undang-undang ini mewujudkan sistem kasta yang melarang warga kampung untuk keluar ke kota dan bertukar pekerjaan. Dahulunya ia bagi memastikan bekalan makanan mencukupi kerana para petani dilarang ke bandar untuk menukar status pekerjaan mereka. Undang-undang ini mendapat pembaharuan apabila ditentang berat oleh ramai warganya.-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2018 04:21 PM | Show all posts
Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 06:41 PM | Show all posts
Bab angsa tu jangan buat main garangnya lebih dari anjing kadang tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakih66: Menarik...

Bagus tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
No 1 tu bagus sgt. Wajib melawat ibu bapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.087654 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list