CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 6

Tahniah Azizulhasni Dan Cheong Jun Hoong!

[Copy link]
Post time 15-3-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Sumber Berita Harian

Tahniah!


Dua juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang dari sukan berbasikal trek dan Cheong Jun Hoong dari sukan terjun, dipilih  sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara 2017.



Ini anugerah kali ketiga buat Azizulhasni  selepas 2009 dan  2010 dan yang pertama  buat Jun Hoong setelah memenangi anugerah pasukan wanita kebangsaan bersama Pandelela Rinong pada Anugerah Sukan Negara 2016.





Majlis gilang gemilang itu dihadiri Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Kelima yang berkenan menyampaikan piala pusingan dan wang tunai 20,000 ringgit kepada Mohd Azizulhasni Awang dan Cheong Jun Hoong yang diwakili adiknya.



Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocketrocket Man’ melakar sejarah dengan memenangi  pingat emas dalam acara keirin di Kejuaraan Dunia Berbasikal Trek Uci 2017 Di Hong Kong.


Foto Carian internet

Jun Hoong pula cemerlang mengetepikan penerjun handalan China untuk meraih  pingat emas acara 10 meter platform individu wanita di Kejuaraan Akuatik Dunia Fina Di Budapest, Hungary Tahun Lepas.



Anugerah Olahragawan Para diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan kejayaan cemerlang meraih pingat emas Kejohanan Dunia Olahraga Para 2017 dalam acara lontar peluru f20 di London.


Pemenang pingat emas sukan Olimpik Rio itu juga memecah rekod dunia 16.84 meter miliknya apabila melakukan lontaran sejauh  17.29 meter. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 11:35 AM | Show all posts
wah..tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:43 AM | Show all posts
tahniah! both well deserved!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 11:51 AM | Show all posts
Dari awal dah boleh dijangka siapa yang akan terpilih
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 02:10 PM | Show all posts
ko tak layak dapat wahai azizul.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 04:10 PM | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
LostStar replied at 15-3-2018 02:10 PM
ko tak layak dapat wahai azizul.

Kenapa pulak sister?tahun 2017 tahun paling gemilang bagi azizul..semua dia bolot juara dunia,juara asia dan emas berganda sukan sea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.088205 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list