Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 mengejutkan ramai pihak apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN) setelah hampir 60 tahun memerintah negara.
Dalam kegembiraan netizen meraikan kemenangan parti yang disokong, ada yang berduka apabila pemimpin Barisan Nasional yang berwibawa dan disanjung oleh netizen terpaksa melepaskan jawatan yang dipegang sebelum ini.
Bagi penduduk Negeri Sembilan, ramai yang sedih melihat Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang dikenali dengan nama Tok Mat itu meninggalkan kediaman rasmi kerajaan sebaik sahaja mengetahui kekalahannya dalam pilihan raya tersebut.
Seorang pengguna twitter dikenali dengan Fatin Darus menaikkan status daripada kata-kata Tok Mat yang ternyata membuatkan dia turut bersedih. Tok Mat melahirkan rasa terkilan kerana netizen terutamanya golongan Melayu sudah tidak memerlukannya sebagai pemimpin di negeri tersebut.
Ramai netizen yang seakan rasa serba salah kerana mereka perlu membuat pilihan demi kebaikan negara secara keseluruhannya. Netizen turut meminta maaf kepada Tok Mat.
Ramai netizen yang sayangkan Tok Mat dan menghargai kepimpinan Tok Mat kepada rakyat sebelum ini. Tiada guna netizen bersedih kerana keputusan yang dibuat adalah pilihan netizen sendiri.
Biarpun Tok Mat sudah tidak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan tetapi jasanya tetap dikenang dan tetap menjadi pemimpin yang disegani rakyat. Semoga ada rezeki Tok Mat pada pilihan raya akan datang. - CARI
Post time 10-5-2018 07:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kami memang sayang tok mat, maafkan kami. Saya sendiri memilih arah lain setelah 2 kali memberi undi pada BN di negeri sembilan. Tok Mat akan terus dihormati dan disayangi
Post time 10-5-2018 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alaaaa tokmat ni org kg suko lah kek dio. Tp kalau org kojo ko org bisnes ko tak gomar dio ni. Yelah dia nmpklah cool ckp loghat negeri dalam dewan pun mcmtu. Tp xpelah bg yb aminuddin plak. Dgr dia pn ok je.
Post time 10-5-2018 11:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mis_j_alexanda: X payahla bersedih bagai. Dah korang yang buat pilihan hadap je la...
Orang sedih la dia memang buat kerja. Baik dgn rakyat dia. Tapi semua orang nak jatuhkan jibby. Terpaksa memilih. Kalau bukan sbb semua rakyat bersatu, takdenya kita dpt jatuhkan jibby
Post time 10-5-2018 11:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
DaisyD: Alaaaa tokmat ni org kg suko lah kek dio. Tp kalau org kojo ko org bisnes ko tak gomar dio ni. Yelah dia nmpklah cool ckp loghat negeri dalam dewan pu ...
Post time 11-5-2018 12:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Honestly, I mmg tak tgk pun candidates in my area. I just tgk bendera and pangkah. Why? Sbb we really and desperately need to get rid of najib. The only way is utk bg pakatan harapan menang. No matter how good bn punya candidates, ini kali, mmg takkan pangkah. Alhamdullilah kita dah UBAH!
So tok mat jgn terasa sgt. Bukan kita taknak you, kita taknak najib.
Post time 11-5-2018 12:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tu la korang pengundi2 di nismilan! Lain kali, Parlimen korang undi lah PH, tapi untuk DUN, bagi lah kat Tokmat & team yang memerintah! Bukan korang tak boleh pilih kat situ! Parlimen PH, DUN BN! Sonang!
Post time 11-5-2018 12:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sawah leba kobau banyak air pigi sojuk sokali. sunyi sopi takdo oghang. apo nak dikato kalau boleh nak bising-bising macam pokan tampin. den dah koba, join ph.