CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 812|Reply: 4

[Tempatan] Penerbangan terus Indonesia, Langkawi akan galakkan pelancongan

[Copy link]
Post time 11-6-2018 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Pengwujudan penerbangan terus dari beberapa destinasi di Indonesia dapat meningkatkan lagi jumlah pelancong dari negara itu ke Langkawi, kata Konsul-Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Iwanshah Wibisono, di Langkawi.

Katanya minat dalam kalangan pelancong Indonesia untuk melawat pulau ini semakin meningkat dari setahun ke setahun berikutan promosi yang menarik dibuat tentang keunikan Langkawi.

Setakat ini, penerbangan terus dari Indonesia hanya melibatkan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang diusahakan oleh syarikat Air Asia dan City Link, anak syarikat Garuda Air.

“Kalau ada direct flight (penerbangan terus) ke Langkawi mungkin lebih suka lagi mereka (pelancong Indonesia untuk datang melancong),” katanya selepas menghadiri promosi makanan dari Bogor, Indonesia pada majlis berbuka puasa anjuran Adya Hotel Langkawi di Langkawi.

Beliau berkata hubungan sejarah yang panjang selain kedudukan sebagai negara berjiran menjadikan destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Indonesia.

“Malaysia dianggap oleh rakyat Indonesia sebagai negara jiran yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang besar dengan banyak persamaan dan mereka agak terbiasa dengan budayanya,” katanya.

Iwanshah berkata usaha Adya Hotel Langkawi menjalinkan kerjasama dengan Kumpulan Hotel Sahira di Indonesia baru-baru ini mampu menyemarakkan lagi keharmonian hubungan kedua-dua negara, khususnya dalam bidang perkongsian kepakaran kulinari dan pelancongan.
Kerjasama yang bermula sejak 2 Jun lepas apabila pihak Hotel Sahira yang bertaraf empat bintang berpangkalan di Bogor, Indonesia menempatkan dua pakar kulinari mereka di Adya Hotel Langkawi selama 10 hari bagi menyediakan masakan istimewa dari daerah berdekatan Jakarta ini.

Adya Hotel Langkawi pula akan menghantar dua pakar kulinari mereka ke Hotel Sahira pada Ogos ini untuk tujuan sama dan kerjasama ini dijangka dilebarkan lagi berikutan kedua-dua hotel sama-sama mengamalkan konsep operasi Islamik.

“Acara-acara kerjasama seperti ini mampu mengangkat (sektor pelancongan) Indonesia dan Malaysia kerana sektor pelancongan sekarang merupakan antara enjin pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2018 09:19 AM | Show all posts
Harap betullah penerbangan untuk pelancongan. Jangan jadi pusat pengumpulan pekerja migran dan amah Indon dah lah kat Langkawi tue.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain indon, boleh jah heshe buat direct flight ke Phuket, untuk attract kokesen island hopping.
Sekaranh international hanya ke singapore dan China jah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 10:03 AM | Show all posts
makin ramai lah ummah sana berkampung dan menjadi penduduk tetap di langkawi,sekaligus membuka perniagaan dan sekaligus menjadi rakyat Malaysia pada akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2018 10:11 AM | Show all posts
Yea buat flight direct dari Phuket tue mak setuju sangat. Indon tue jauh ke pulau sebelah sana. Tapi Phuket dekat saja dengan tanah air neh. Kokesen dari sana mesti minat nak datang ke Langkawi untuk pelancongan ekologi. Sekaligus boleh mempromosikan negeri pembangkang Perlis nan hado tue dan Kedah kat tanah besar. At least nampaklah muka2 orang dunia ke-1 daripada muka2 dodhot indon lahanat. Kalau yang datang tue indon kaya takpe. Masalahnya indon kaya pon x hengen nak datang sineh. Diorang sama mcm melayu2 kaya mak datin blouse kulit rimau jugak. Nak lepak Kanada, Switzerland bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.083878 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list