Perancis berjaya melangkah ke pusingan akhir dengan kemenangan tipis ke atas Belgium 1- 0 hasil tandukan Samuel Umtiti pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia Rusia 2018 di Stadium Saint Petersburg, awal pagi tadi.
sumber : carian internet
Memetik laporan Berita Harian, ini merupakan kali ketiga buat Perancis memasuki ke perlawanan akhir Piala Dunia selepas edisi 1998 dan 2006.
Dilaporkan ketika perlawanan, Belgium yang menguasai di peringkat awal permainan dilihat bergelut untuk mencari penyudah di depan pintu gol apabila setiap gerakan mereka tidak menjadi serta dipatahkan oleh barisan pertahanan Perancis yang terdiri daripada Umtiti dan Rachael Varane.
sumber : carian internet
Walaupun masa tambahan selama enam minit diberi pada saat terakhir perlawanan, Belgium masih tidak berupaya membolosi gawang Perancis dan keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.
Perancis bakal menemui pemenang di antara Croatia atau England yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung awal pagi esok iaitu jam 2am.- CARI