CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2883|Reply: 15

[Tempatan] Kerajaan PH akan semak samada jet Bombardier Global 5000 guna dana 1MDB ataupun

[Copy link]
Post time 12-8-2018 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 16-8-2018 08:18 PM




SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk membawa pulang jet peribadi yang didakwa milik jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dipercayai, jet jenis Bombardier Global 5000 berharga AS$30 juta (RM122.55 juta) itu menggunakan duit curi daripada syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, ada pihak dalam kerajaan yang sedang menguruskan 'operasi' membawa pulang aset yang dibeli menggunakan duit 1MDB dari Singapura.

"Ya, saya fikir begitu (bawa pulang jet). Kita mesti bawa pulang semula.

"Saya tidak tahu siapa. Ada pihak (dalam kerajaan) sedang menguruskan hal itu. Tetapi memang kita sedang berusaha untuk memperoleh semula wang yang dicuri daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas kunjungan ke pameran lukisan - Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, hari ini.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa kerajaan tahu siapa pihak yang menyeleweng wang 1MDB.

Namun, beliau berkata, masalahnya ketika ini adalah kerajaan masih belum dapat memastikan di mana 'dalang' dan aset berkenaan berada secara spesifik.

"Semua itu akan terungkai bergantung kepada bukti yang diperolehi bahawa wang aset itu kepunyaan kerajaan," katanya.

Dr Mahathir turut mengulas mengenai kenyataan Jho Low yang mendakwa kerajaan Malaysia yang 'mempergunakan' Amerika Syarikat untuk membawa pulang kapal layar Equanimity ke pelabuhan negara.

Dr Mahathir meminta Jho Low bertanya kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat adakah beliau 'mengawal' mereka untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau makluman.

"Anda (Jho Low) boleh tanya pihak berkuasa Amerika Syarikat sama ada saya yang menyiapkan skrip, susun perkataan untuk digunakan dan sumbat dalam mulut mereka untuk bercakap. Dia patut terima (penahanan kapal layar Equanimity)

"Saya amat berbangga jika dapat sumbat mulut kerajaan Amerika Syarikat. Saya pasti lebih hebat daripada (Donald) Trump (Presiden Amerika Syarikat)," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2018 08:35 PM | Show all posts
banyaknya duit... kapal di laut, jet di langit, hotel di darat
curious nak tahu rupa cemana di dlm nya, ni la gambar2 contoh yg sewaktu dgnnya












Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 08:38 PM | Show all posts
sat lagi jemin keluar statement dia dah jumpa pegawai kanan singapore bincang tang bawak jet ni

peygidahhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
adui kapal terbg pulak.. kayo gilo mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kapal tu milik sykt madey ke?
Entah2 jer ni pun madey punya... tp mengaitkan dgn j low utk mengaburi mata cai yg sedia buta
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau BN menang PRU lepas, mesti cinapek ni beli kelab bolasepak EPL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
so saper sebenarnyerr yg jadi naga besar yg songlap 1mdb tu najib ker jho low
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2018 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau akak jadi jho low tu pun akak beli jet roket semua tu nok. kalau org tgk dia pun mesti ingat still jual dvd secara bergerak kat ampang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2018 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tp spore kata gomem malaysia belum pun buat apa apa tuntutan tentang jet mewah ni.kat sini dengar mcm dah nak lelong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 12:06 AM | Show all posts
Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Ogos 15, 2018 19:33 MYT

KUALA LUMPUR: Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Ia dipercayai milik ahli perniagaan yang kini diburu polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

Media antarabangsa melaporkan, jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dan berharga AS$35.4 juta itu, berada di Singapura sejak tahun lepas.
Namun, tidak dapat dikenal pasti kaitan jet peribadi itu dan mengapa ia berada di republik berkenaan.

Dalam pada itu, polis Singapura mengesahkan belum menerima sebarang permohonan rasmi dari malaysia supaya pesawat itu dikembalikan.

Perkara itu turut disahkan peguam negara, Tommy Thomas menerusi kenyataannya pada Selasa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyuarakan komitmen untuk membawa jet itu pulang ke malaysia.

Walaubagaimanapun, sebarang permohonan pemulangan aset berkaitan 1MDB itu, perlu mengikuti peruntukan perundangan Republik tersebut sebelum boleh dibawa pulang ke tanah air.

Jho Low dilaporkan membeli jet peribadi itu pada 2010, menggunakan dana 1MDB, seperti yang dinyatakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
terima kasihlah kat bekas pemimpin umngokngek & para penyokongnya. hasil sokongan tak berbelah bagi korang, maka dapatlah bangkai ni live like a king. dapat beli private jet, super yatch, mansion, estate dan berbagai barang mewah lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 08:15 PM | Show all posts
Perlu pastikan jet Bombardier dibeli guna duit 1MDB dahulu - Tun Mahathir
Ogos 16, 2018 15:10 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memastikan terlebih dahulu Jet Bombardier Global 5000 yang didakwa milik Jho Low, adalah dibeli menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB, sebelum membawanya pulang ke Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya lagi, jika terbukti jet bernilai RM122.55 juta itu dibeli dengan wang yang dicuri dari Malaysia, maka ia berhak dibawa ke sini, seperti mana dilakukan ke atas kapal persiaran mewah Equanimity.
“Kita kena establish wang yang diguna untuk membeli jet itu wang yang 'dicuri' dari Malaysia. Kalau dia 'mencuri' wang daripada Malaysia maka wang itu adalah milik Malaysia, sama dengan bot,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital swasta Cardiac Vascular Sentral, di sini hari ini.


Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

Ia dipercayai milik ahli perniagaan yang kini diburu polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

Media antarabangsa melaporkan, jet peribadi jenis Bombardier Global 5000 dan berharga AS$35.4 juta itu, berada di Singapura sejak tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jolow ni dah ke serata negara tp tk dpt tangkap2 lg. I is heran betol ke dah kuar waran ke interpol ke or sewaktu dgn nya?? Wujud ke tidak jolow ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:35 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 16-8-2018 08:23 PM
Jolow ni dah ke serata negara tp tk dpt tangkap2 lg. I is heran betol ke dah kuar waran ke interpol  ...

kau ingat senang ke nak tangkap jho low, lagi2 dia dah plastik surgery muka dia jadi nyonya cina





Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jcopy replied at 16-8-2018 08:35 PM
kau ingat senang ke nak tangkap jho low, lagi2 dia dah plastik surgery muka dia jadi nyonya cina
...

Hahahah ni betol kelakar kalo jolow dah transform jadi nyonya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052172 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list