CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9268|Reply: 86

[Tempatan] Janda 40an "friendzone" duda 80an

[Copy link]
Post time 15-8-2018 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bantuan dihulur terselit 'harapan


“NAK langsaikan hutang, kahwin dengan abang.” Itu ugutan seorang warga emas kepada ibu tunggal didakwa meminjam sejumlah wang daripadanya untuk dijadikan modal bagi mengembangkan perniagaan.

Tidak cukup dengan itu, ibu tunggal itu mendakwa warga emas berusia 80 tahun itu mengugut akan mengambil tindakan udang-undang selepas dia menolak lamarannya dan tidak melunaskan ‘hutang’ dituntut.

Salmiah Sharif, 42, berkata, pada Mei lalu warga emas itu datang ke kedai menjual pakaian wanita yang diusahakannya di Sri Rampai sebelum menawarkan bantuan modal kepadanya untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Katanya, pada awalnya, dia menyangka lelaki itu ikhlas mahu membantunya, malah menganggap hubungan mereka sebagai adik dan abang berikutan jarak usia yang begitu jauh.

“Mula-mula saya tak mahu terima, tetapi lelaki itu memaklumkan dia hanya ingin membantu perniagaan saya. Kebetulan, saya menjaga anak tunggal yang menghidap masalah jantung.

“Menggunakan wang diberikan saya menambah stok pakaian. Malah, dia juga memberikan sebuah kereta untuk kegunaan saya berniaga,” katanya yang ditemui selepas membuat aduan kepada sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Keramat Hujung di sini, semalam.

Ibu tunggal itu berkata, mereka juga berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan dia tidak menyangka lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya.

Dakwanya selepas lamaran ditolak secara baik, lelaki berkenaan mula mengungkit mengenai bantuan diberikan yang dianggar berjumlah RM10,000.

“Dia minta saya langsaikan hutang menyebabkan saya kebingungan kerana selama ini menganggap bantuan dihulurkan ikhlas. Malah saya tak pernah minta dia sendiri yang nak beri.

“Selepas itu saya terima surat daripada warga emas itu yang menuntut saya membayar semua wang diberikan atau berkahwin dengannya.

“Hidup saya jadi tak tenteram kerana perkara ini. Saya juga tidak tahu nak buat apa kerana bimbang dia akan mengganggu saya di kedai,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, aktivis PPIM, Azman Kang berkata, pihaknya sudah menghubungi lelaki berkenaan dan meminta supaya perkara itu diselesaikan dengan cara baik tanpa sebarang pergaduhan.

Beliau berkata, PPIM juga menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika berurusan dengan sesiapa saja terutama membabitkan wang ringgit kerana mempunyai implikasi lain seperti tuntutan dan sebagainya.


sumber harian metro

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/08/368106/bantuan-dihulur-terselit-harapan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 11:41 AM | Show all posts
hmmmm...ms nk amek duit tu patotnye Tanya bebetol perlu byr balik ke x ni...n buat la surat perjanjian ke apa ngatakan duit tu free, xyah byr balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
zaziot replied at 15-8-2018 03:41 AM
hmmmm...ms nk amek duit tu patotnye Tanya bebetol perlu byr balik ke x ni...n buat la surat perjanji ...

taktau acik salamiah ni pembaris betul tak faham orang duda kalau beriya tolong bagi modal dan kereta tu maksudnya apa, atau mungkin sheols dah tau jadi amik kesempatan atas kemurahan orang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:48 AM | Show all posts
buapakperut replied at 15-8-2018 11:46 AM
taktau acik salamiah ni pembaris betul tak faham orang duda kalau beriya tolong bagi modal dan ker ...

ha ah kan...kalau dia jenis alert sure leh rs kegatalan si tua tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
iyo la tu pura pura x paham lelaki tu konon xde niat lain..  Ikhlas..  patot dari awal kalo x hingin kat org tua tu..  satu sen pon ko jgn ambek..  #baekadamakna
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 11:58 AM | Show all posts
ikhlas konon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak punnnn...buat la perjanjian..kalau kawin, segala harta letak atas nama sheols..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
My god...umo 80thn pon buat jahat lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 12:04 PM | Show all posts
patut buat agreement..kalo gagal bayar kena kawen ngan "abg".
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ikhlas org tua ni..bg duit..keta last2 nk bg nonek..tau takot kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:08 PM | Show all posts
Baik??
Baik ada makna tuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh 80 tahun masih function ke nonek atuk tu???
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:10 PM | Show all posts
tak kan orang nak bagi duit beribu dgn bagi kereta ..pastu ingat ikhlas tanpa balasan? mesti kau  cerita sedih2 mengalir air mata dgn goda sikit panggil abe abe kat orang tu....baru dapat duit hadiah tu.

cerita dongeng cinderella je anak dara teraniaya nangis2 pastu fairy godmother bagi wish dapat kereta kuda baju cantik bagai... in this case duda tu fairy godfather!

bodoh punya perempuan..kau kawin je dgn duda tu pastu ambik la harta dia..dah 80an pun tak lama tunggu kalau nak harta sepencarian..
ko nyorok belakang pintu pastu sergah2 dia bagi terkejut gerenti cepat berhenti jantung dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 15-8-2018 12:08 PM
Baik??
Baik ada makna tuuuuuuuu

Alaaaaa baru nak buat dialog sama
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:17 PM | Show all posts
alahai kawin je la ngan atuk ni
harta dia semua ko bolot
bapa tahun je nak idop atuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok tu nak peneman kot...
Ditabur duit dgn niat acik tu suka dia
Ruoanya jadi sebaliknya....
Sakit ati la tok tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2018 12:22 PM | Show all posts
mana ada org skg bagi duit free2 kak

mesti ada agenda lain tu  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:23 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 15-8-2018 12:16 PM
Alaaaaa baru nak buat dialog sama

HAHAHAHAHAHA. Otometik teringat dialog tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:24 PM | Show all posts
animcute replied at 15-8-2018 12:10 PM
tak kan orang nak bagi duit beribu dgn bagi kereta ..pastu ingat ikhlas tanpa balasan? mesti kau  ce ...

Mohon acik tu baca porom dan dengar nasihat you
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
camne style orang 80-an berbalas wassup? Adakah menggunakan emoji love love
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076410 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list