Neelofa antara selebriti yang sentiasa diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Bukan sahaja tentang kisah cintanya yang tidak menjadi, kejayaannya sebagai usahawan sehingga tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia, serta kisah keluarganya juga sentiasa mendapat perhatian.
Namun, apa yang lebih menarik untuk 'dibawangkan' ialah citarasa fesyen Neelofa sendiri ketika menghadiri pelbagai majlis dan juga mengendalikan program Meletopnya.
Biarpun ramai yang mengkritik fesyen Neelofa, namun ia tidak menjadi kudis kepadanya untuk sentiasa tampil unik dan tersendiri. Di Twitter, netizen ini menyatakan bukan fesyen yang bersalah tapi bentuk badan Neelofa membuatkan penampilannya tidak kena berbanding model sebenar.
Kredit foto: Twitter
"Dah nak penghujung 2018, stop la fesyen kelakar ni. Bukan kata netizen tak faham 'high fashion' tapi fesyen tu tak sesuai dengan body awak."
Kredit foto: IG Bella Daly
Punyalah prihatin netizen hinggakan ada yang membuat 'poll' untuk menentukan fesyen mana yang paling tidak padan dengan Neelofa.
Ramai Netizen menyarankan agar Neelofa tampil ringkas tetapi nampak cantik dan kena dibadannya seperti dulu-dulu.
Teguran tandanya orang prihatin dan sayang. Mungkin sudah sampai masanya Neelofa mempertimbangkan pendapat lebih ramai pihak ketika berfesyen. Atau Neelofa boleh mendapatkan 'stylist' yang betul-betul membuatkan Neelofa tampil seperti bidadari sepanjang di hadapan lensa kamera. - CARI
|