Selepas isteri, dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan ditahan jam 9.30 malam pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung kematiannya pada 14 Jun lalu.
Menurut Malay Mail dan The Malaysian Insight seperti dipetik mStar Online, kedua-dua anak tirinya itu menyertai kelab memanah di sekolah menengah mereka dan hasil pemeriksaan mendapati kecederaan mangsa berpunca daripada anak panah.
Kredit foto: Carian Internet
"Remaja terbabit dibawa sebagai sebahagian daripada siasatan kerana mereka difahamkan kedua-duanya bermain sukan memanah dan terdapat petunjuk lain apabila disoal siasat berkaitan ibu bapa mereka yang membawa kepada penahanan mereka," kata sumber kepada Malay Mail.
Difahamkan, Samirah merupakan anak kepada ahli sains politik Chandra Muzaffar.
Menurut laporan, Samirah dan dua anak tiri Nazrin berada di rumah Chandra ketika ditahan.
Kredit foto: IBTimes India
Terdahulu, isteri Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya direman tujuh hari bermula Rabu. - CARI
BACA JUGA: Isteri CEO Cradle Fund Ditahan Reman
BACA JUGA: "Hormat Tugas Polis" - JBPM Balas Surat Balu CEO Cradle Fund
BACA JUGA: Isteri CEO Cradle Fund Selar Pihak Berkuasa Tak Telus Siasat Kematian Suami
BACA JUGA: Kematian CEO Cradle Fund Disahkan Polis Sebagai Kes Pembunuhan |