Seorang wanita terjatuh ke dalam sebuah lubang yang secara tiba-tiba terbuka dan runtuh ketika dia sedang berjalan menuju ke perhentian bas. Imej wanita tersebut menghilang beberapa kaki daripada saksi yang melihat kejadian itu.
Kredit Foto: Metro.co.uk
Kepala wanita itu dikatakan terhantuk ke bawah sebelum seluruh tubuhnya jatuh ke dalam lubang tersebut. Kemudian, seorang saksi pergi ke arah lubang yang runtuh itu dan melihat wanita itu tertimbus bersama lumpur beberapa meter di bawah tanah. Dia masih sedar dan sangat memerlukan bantuan. Bantuan kecemasan akhirnya menyelamatkannya dan membawanya ke hospital, di mana dia dirawat daripada kecederaan dua tulang rusuknya yang patah.
Kredit foto: Metro.co.uk
Lubang itu berukuran sembilan meter persegi apabila ia tiba-tiba runtuh pada pukul 6 petang hari Ahad. Beberapa orang dilihat berdiri di tempat yang sama sebelum wanita itu mendekati laluan itu.
Pihak berkuasa tempatan menyiasat kemalangan tersebut, yang semuanya dapat dirakam CCTV di Ruide Avenue, Lanzhou, Wilayah Gansu. Sehingga kini mereka masih belum dapat menentukan punca runtuhan lubang besar tersebut. - CARI |