Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan memakaikan barang kemas seperti rantai, gelang dan subang sejak anak-anak diusia bayi lagi. Perhiasan daripada emas ini dipakaikan sebagai tanda yang bayi itu bayi perempuan dan juga tanda kasih sayang serta kebanggaan. Ia berbeza dengan anak lelaki kerana tidak boleh dipakaikan perhiasan emas.
Kredit foto: FB Cik Puan Auni
Bagaimanapun, pemakaian barang kemas pada bayi dan kanak-kanak boleh mengundang pelbagai risiko bahaya. Biasanya ia melibatkan kejadian ragut atau tertelan loceng emas pada gelang tangan terutamanya bayi yang suka menggigit dan memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
Cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook ini boleh dijadikan pengajaran buat para ibu yang begitu ghairah memakaikan perhiasan emas kepada anak-anak mereka. Mungkin ramai yang tidak menyangka, gelang emas yang dipakai oleh anak-anak boleh menyebabkan tumbesaran tangan mereka terbantut. Tetapi, itulah yang berlaku kepada seorang ibu muda ini yang begitu menyesal dan sudah fobia untuk memakaikan gelang emas kepada anaknya ketika masih kecil.
Tunggu anak besar baru pakaikan emas
Rata-rata netizen mempunyai keinginan untuk memakaikan gelang emas kepada bayi perempuan mereka. Ialah, siapa yang tidak suka melihat anak mereka kelihatan lebih cantik dengan adanya perhiasan emas di badan mereka. Tetapi setelah membaca dan mengetahui tentang risiko bahaya bagi tumbesaran anak-anak, mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut seketika dan akan menunggu sehingga anak-anak mereka besar untuk dipakaikan perhiasan emas.
Serik setelah anak kena ragut
Netizen ini pula serik untuk memakaikan perhiasan emas kepada anaknya setelah perhiasan emas anaknya diragut oleh perompak dan mendatangkan kecederaan.
Bergurau sampai terjerut leher dengan rantai emas
Bahaya memakai perhiasan emas kepada kanak-kanak bukan sahaja boleh berlaku di luar rumah tetapi boleh terjadi ketika bermain bersama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang mereka ketika di rumah. Tidak pasal-pasal rantai leher yang dipakai boleh menjerut leher anak akibat gurauan kasar.
Tidak salah untuk berhias dan memakaikan barang kemas kepada anak-anak semasa kecil tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ia membantutkan tumbesaran anak-anak dan juga membahayakan nyawa mereka. Jadi, berhati-hatilah ya! - CARI |