Hebat betul semangat Ellie Suriaty yang kini menjadi aktivis politik memperjuangkan parti UMNO demi membela generasi akan datang.
Dia juga tidak kisah langsung jika segala tindakannya ini membawa dirinya meringkuk dalam penjara.
Ellie tetap dengan pemahamannya yang mengatakan jatuhnya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah disebabkan perang persepsi dan fitnah daripada pelbagai pihak.
Foto: Carian Internet
Walaupun dia dilihat seperti tidak waras kerana terjerit-jerit dalam beberapa video yang telah viral namun perjalanan kerjaya seni tetap berjalan seperti biasa.
Dia juga mengakui tidak di gam oleh mana-mana stesen televisyen dan menafikan dirinya dibayar oleh pihak tertentu untuk meneruskan perjuangan ini.
Foto: Carian Internet
Baru-baru ini anak-anak menjemputnya untuk menyaksikan persembahan teater yang mereka sertai. Namun dia pula risau jika anak-anaknya malu dengan pandangan negatif kawan-kawan mereka. Walaupun begitu anak-anaknya tetap mahu Ellie datang ke teater tersebut.
Ellie menganggap ini adalah takdir untuk dirinya dan tidak mempersoalkan apa yang telah diaturkan oleh Allah kerana memilihnya dalam perjalanan hidup baru ini.
Apa pun perjuangan Ellie itu adalah pilihannya. Moga Ellie sekeluarga sentiasa diberi kemurahan rezeki. - CARI
aku cam tazzangka dia ni dulu pramugari MAS..kalu la aku baya2 dia tah2 aku pun layak jadi pramugari gak..skang aku tgok ramai pramugari baya2 aku muka nak kne peloles putih mulus plus ade rupa iras2 kacuk baru dpat jadi pramugari..sedih yachhh
dia ni kalau berlakon menjadi... teringin nk tgk dia berlakon jd ahli politik ke.. msti nmpk aura di situ.. mesti mtp msia manalah nak wat cite gini... kalo ada meols vote pah bedah jd main lead...