Seorang suami didakwa membunuh isterinya semasa bercuti di Phuket.
Lelaki dari Tianjin, China, itu bertindak sedemikian selepas membeli lebih 30 juta yuan (RM18 juta) polisi insurans hayat atas nama isterinya.
Shanghaiist melaporkan, Zhang Weifan, membawa isterinya yang lebih dikenali sebagai Xiaojie dan anak perempuan berusia 20 bulan ke Phuket pada akhir bulan Oktober.
Lemaskan Isteri, Mahu Tuntut Insurans RM18 Juta
Namun pada hari ketiga percutian, ibu bapa Xiaojie menerima panggilan mengatakan Xiaojie lemas di kolam renang.
Timbul kecurigaan apabila ibu bapanya mengetahui yang Xiaojie adalah seorang yang pandai berenang.
Mereka mendapati mayat Xiaojie mempunyai lebam dan melaporkan mengenai Zhang kepada polis.
Semasa dalam siasatan, Zhang mengakui melemaskan isterinya.
Menurut sumber lagi, Zhang berpura-pura pergi bekerja setiap pagi tetapi sebenarnya menganggur.
Kira-kira158 gigabait pornografi turut ditemui di komputernya.
Ibu bapa Xiaojie kini memohon ekstradisi Zhang dari Thailand.-CARI |