CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1691|Reply: 5

Tragis! 5 Penjenayah Kanak-Kanak Paling Berbahaya Dalam Dunia

[Copy link]
Post time 8-2-2019 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Siapa sangka kanak-kanak di bawah umur juga boleh membunuh. Malah lebih bahaya daripada orang yang telah dewasa. Namun, tiada siapa yang hendak membunuh sesiapa kalau tiada sebab.



Banyak sebab perkara seperti itu terjadi. Ada yang mempunyai masalah psikologi, terpengaruh dengan cerita di televisyen atau internet, obses terhadap seseorang dan sebagainya.  Sememangnya mereka ini ditakuti oleh kanak-kanak yang sebaya mereka.


Mereka semakin berani melakukan jenayah kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa.


Maka wujudlah 5 penjenayah kanak-kanak yang paling berbahaya dalam sejarah.

5. Morgan Geyser & Anissa Weier







Morgan dan rakannya Annisa obses terhadap makhluk misteri iaitu 'Slenderman' (lelaki nipis). Keinginan mereka untuk melihat 'Slenderman' itu secara realiti. Mereka berpendapat, untuk melihat 'Slenderman' mereka harus mengorbankan nyawa. Pada suatu hari, mereka berdua mengumpan seorang rakan sekolah mereka masuk ke dalam hutan lalu membunuhnya. Semasa mereka dibicarakan di mahkamah, mereka berdua mengaku membunuh rakan mereka. Persoalannya di sini, adakah 'Slenderman' itu benar-benar wujud atau dongeng semata-mata. Pembunuhan yang mereka lakukan hanyalah sia-sia.


4.  James Fairweather

  


James pula seorang budak yang terpengaruh dengan pembunuh bersiri popular iaitu Ted Bundy. Akibat daripada itu, dia sanggup membunuh seorang lelaki menggunakan pisau dan beberapa hari selepas itu dia membunuh seorang wanita pula. Obsesnya dia terhadap seorang pembunuh menyebabkan dia menjadi seorang pembunuh. Akhirnya dia ditangkap polis.


3. Jasmine Richardson





Semasa melakukan pembunuhan, Jasmine baru berusia 12 tahun. Dia mempunyai teman lelaki yang bernama Jeremy berusia 23 tahun. Pada tahun 2006, Jasmine telah membunuh seluruh ahli keluarganya kerana menghalang dia bercinta dengan teman lelakinya itu. Semasa pembunuhan berlaku, teman lelakinya turut bersama dia melakukan jenayah. mAkibat daripada perbuatan mereka, Jasmine dimasukkan ke hospital sakit jiwa selama 10 tahun. Dan teman lelakinya Jeremy dipenjarakan sehingga kini. Akan tetapi, mereka mengaku membunuh bukan kerana niat. Pelik bukan?


2. Natsumi @ Girl A





Ketika dia melakukan pembunuhan, usianya baru 12 tahun. Natsumi telah membunuh rakan sekelasnya menggunakan pisau pemotong kertas. Menurut sumber, Natsumi tidak sedar yang dia telah melakukan jenayah itu. Dia seperti disuruh 'sesuatu' atau 'dirasuk' sehingga dia berani membunuh. Ramai yang tidak percaya yang Natsumi seberani itu melakukan jenayah kerana dia seorang budak yang pendiam dan baik. Di negaranya, identiti Natsumi tidak boleh didedahkan kepada umum kerana dilindungi oleh akta kanak-kanak bawah umur.


1. Beth Thomas





Beth Thomas seorang penjenayah kanak-kanak yang sangat terkenal di dunia. Jenayah dilakukan ketika dia berusia 6 tahun. Dia mempunyai masalah psikologi yang kronik sehingga mahu membunuh ibubapanya sendiri. Hal ini bermula dengan perbuatan bapanya yang menjadikan dia mangsa serangan seksual sejak bayi lagi. Beth mengaku gemar membunuh dan mengatakan itu bukanlah satu perbuatan yang salah. Malah, dia juga cuba membunuh kedua-dua ibubapa angkatnya dan juga adik angkatnya. Dan kini, Beth menjadi seorang jururawat dan sudah sembuh daripada penyakitnya.


Tragis! Kanak-kanak di bawah umur juga berbahaya. Dari sini kita tahu seorang kanak-kanak juga berani melakukan jenayah tanpa rasa bersalah. Pada usia sebegitu, apa yang mereka tahu akan akibat perbuatan mereka.

Mereka lebih kepada masalah psikologi dan perlukan bimbingan. Penyakit mereka ini boleh sembuh jika mereka berusaha untuk berubah setelah dewasa.


Pengajarannya di sini, bimbinglah anak-anak anda ke jalan kebaikan. Terapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka supaya mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik Beth rasanya paling baik antara list tu sbb cubaan membunuh je kan.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 12:11 PM | Show all posts
Siapa sangka kanak2 pun boleh bertindak kejam
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2019 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat luar mcm2 sakit mental dorang..tu pun jgn dok kata Islam terrorist lagi..Islam kat malaysia ni habis berani buang bayi ja..tak kejam lgsg kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2019 02:06 PM | Show all posts
kesiannya mereka.. x faham ape2 tp x psl2 ape yg diorg buat tu merosakkan masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 10:33 AM | Show all posts
beth kalu da jadi mangsa seksual selayaknya la dia nk membunuh org yg merosakkan masa depan dia yachhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.082660 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list