CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3254|Reply: 9

Daripada Menganggur, Lebih Baik Bekerja Sebagai...

[Copy link]
Post time 14-2-2019 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Sumber gambar: carian Google




Dalam era yang semakin mencabar kini, semakin ramai yang memilih atau terpaksa memilih untuk melakukan beberapa kerja bagi menampung keperluan keluarga. Bagi yang masih menganggur dan tercari-cari pekerjaan yang mungkin diminati, mungkin anda boleh mencuba pekerjaan ini.


1. Runner
Anda tidak semestinya mempunyai kenderaan sendiri untuk bekerja sebagai runner, tapi kalau ada motor pun, itu dikira sebagai bonus! Lagi pantas dan mudah untuk anda bergerak memenuhi keperluan pelanggan. Skop kerja sebagai runner yang tipikal adalah seperti mengambil atau menghantar barang ke destinasi tertentu, membelikan barang, membayarkan bil atau mengepos barang. Jika anda ada banyak masa terluang dan suka ke sana ke mari, mungkin ini kerja yang sesuai untuk anda. Ingat lagi komik Mat Despatch? Lebih kurang macam itulah kerja anda nanti, tapi tanpa bos yang garang!



Sumber gambar: Homefinder.com.my



2. Personal shopper
Walaupun kerja ini dimonopoli oleh golongan wanita, namun tidak salah jika lelaki ingin menceburi bidang kerjaya ini. Siapa yang tidak suka membeli-belah kan? Kalau anda tinggal berhampiran kawasan membeli-belah yang terkenal, lebih mudah untuk anda meninjau jualan murah atau lelongan yang diadakan di sana. Pastikan juga anda rajin melayari laman web jenama tertentu yang mungkin membuat tawaran menarik di cawangan berdekatan anda. Antara contoh yang menarik ialah personal shopper untuk membeli buku di pesta buku Big Bad Wolf. Sanggup meredah lautan manusia dan punya tenaga untuk menyelongkar barang idaman? Cubalah!



Sumber gambar: cashembrace.com


3. Dropshipper

Antara kelebihan sebagai dropshipper yang selalu dicanang ialah anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mula berniaga. Tugas anda hanyalah untuk mempromosikan dan menguruskan pembelian produk tertentu. Jika ada pelanggan yang membuat pembelian, anda hanya perlu membuat tempahan, membayar dan memberikan maklumat pengeposan pelanggan kepada syarikat produk tersebut. Anda tidak perlu simpan stok, membungkus produk dan mengepos produk kepada pelanggan. Bak kata orang, anda hanya guna modal air liur sahaja untuk mendapatkan komisen hasil penjualan produk tersebut.

Sesiapa sahaja tanpa kelayakan akademik atau latar belakang tertentu boleh memulakan kerjaya di atas ini. Yang penting, anda mempunyai kemahuan dan kegigihan untuk menjana pendapatan di samping menimba pengalaman dalam dunia perniagaan. Tanpa modal, tanpa produk dan tanpa majikan, anda bebas untuk mengurus masa dan menjana seberapa banyak gaji yang anda inginkan! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
{:cryrun kalau reti bawak moto, konah teringin nak jadi runner. Naik kereta tak best. Tak boleh cilik2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:17 AM | Show all posts
Yang penting rajin kalau dah malas apa pun tak jalan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 09:26 PM | Show all posts
wow berguna sekali maklumat ini kerana memberi inspirasi untuk mencubanya terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu tanya dropship minyak argan brand apa tah..
Amekaw kne simpan stok 6 botol.. Satu botol rm50
Jual rm60
First time jumpa dropship kne simpan stok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 08:51 AM | Show all posts
markonahkota replied at 14-2-2019 06:36 PM
{:cryrun kalau reti bawak moto, konah teringin nak jadi runner. Naik kereta tak best. Tak boleh cili ...

wahh konah..p la amik lesen motor. Jarang kan runner guna kereta kecuali yg deliver brg besar2 la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-3-2019 08:51 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 15-2-2019 11:17 AM
Yang penting rajin kalau dah malas apa pun tak jalan

ya betullll..kalau rajin banyak je benda blh buat kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 08:52 AM | Show all posts
Juju89 replied at 2-3-2019 09:26 PM
wow berguna sekali maklumat ini kerana memberi inspirasi untuk mencubanya terima kasih.

sila..sila mencuba..zaman skrg kena pelbagaikan sumber pendapatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2019 08:53 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 2-3-2019 09:40 PM
Haritu tanya dropship minyak argan brand apa tah..
Amekaw kne simpan stok 6 botol.. Satu botol rm50 ...

mak aiiiihhh mahalnya! Kalau kena simpan stok, jenuh la nak perabih stok plak kan. kalau laku takpelah..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:23 AM | Show all posts
markonahkota replied at 14-2-2019 06:36 PM
{:cryrun kalau reti bawak moto, konah teringin nak jadi runner. Naik kereta tak best. Tak boleh cili ...

mmg best, tapi customer asik la komplin dgn rate runner yg dikata mahal....customer ingat runner ni htr brg2 dia kayuh beskal kot...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.062224 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list