CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 1

"Saya Sudah Putus Asa Dengan Sanchez" - Solksjaer

[Copy link]
Post time 15-2-2019 11:40 AM | Show all posts |Read mode





Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer telah meluahkan rasa kekecewaannya terhadap Alexis Sanchez. Solksjaer memberitahu bahawa dia tidak dapat berbuat apa-apa selagi penyerang cilik yang berasal dari Chile itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri.


Sanchez dilihat gagal 'menepati piawaian' yang dikehendaki sejak menyertai kelab tersebut pada tahun yang lalu.

Sanchez masuk menggantikan Jese Lingard dalam perlawanan Liga Juara Juara Eropah yang mana menyaksikan Manchester United dimalukan Paris Saint Germain (PSG) dihadapan penyokong sendiri.


Sanchez gagal menunjukkan sebarang kualiti selaku pemain berkelas dunia dan dikatakan tidak berguna sepanjang penglibatannya diatas padang semasa perlawanan tersebut.


Desas desus khabar angin kuat mengatakan bahawa penyerang sayap prolifik United iaitu Anthony Martial dan Jese Lingard menghadapi kecederaan yang serius dan skuad The Red Devils itu terpaksa bergantung dengan Alexis Sanchez untuk mengharungi dua perlawanan getir selepas ini apabila menerima kunjungan Liverpool dan Chelsea. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 02:21 PM | Show all posts
nanti jadi mcm di maria.. g tmpt lain power
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.050402 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list