CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 8

Sejuk Melampau Tandingi Antartika, Lebih 20 Kematian Dicatat Di Midwest AS

[Copy link]
Post time 15-2-2019 05:34 PM | Show all posts |Read mode
Sejak beberapa hari lalu, Wilayah Midwest America Syarikat dilanda suhu dingin melampau dengan suhu mencecah -30 darjah Celcius yang mana sudah seperti -46 darjah Celcius. Ia adalah berpunca  daripada angin sejuk dari fenomena vorteks kutub yang sering mengelilingi kutub utara sekarang ini.

Kredit Foto : phys.org





Sesuatu  yang agak mengejutkan kerana  ia merupakan keadaan  terburuk yang perlu di alami wilayah ini dan dijangka akan membawa kepada suhu lebih rendah lagi.

"Angin sejuk 30 hingga 60 darjah di bawah sifar menjadi biasa di seluruh utara Plains, Great Lakes dan bahagian atas Midwest," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. :AFP


Suhu sejuk yang sedang dialami oleh 12 negeri di sini hari ini, lebih dingin daripada beberapa bahagian di Antartika bahkan telah menandingi kesejukan di ibu negeri Alaska dan dikatakan akan berlaku untuk beberapa hari lagi ikutan dari udara artik yang akan kekal di tengah dan timur.


Kredit Foto : people



Kredit Foto: WPRO




Fenomena ini menyebabkan aktiviti harian terhenti, gangguan kepada perjalanan dan penerbangan juga terpaksa ditangguhkan. Berikutan dari itu, semua penduduk digalakkan  berada di rumah, dikhuatiri terkena "frost bite" jika terdedah di tempat terbuka selama 10 minit.


Setakat ini 29 kematian telah tercatat yang mana antaranya terjadi ketika berada di luar rumah, tidak mematuhi pakaian yang ditetapkan dan salah seorang darinya juga merupakan lelaki "homeless" yang dijumpai telah membeku.




Kredit Foto : Naaju



Terkini pihak berkuasa di Illinois sudah mengeluarkan perintah darurat untuk mengawal keadaan  dan mengurangkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Malah kebanyakan syarikat dan premis perniagaan  mengarahkan pekerja hanya bekerja di rumah. Sekolah dan institusi pula ditutup buat masa ini.




Kredit Foto : EPA



Kredit Foto : Daily Express


Pelajar Malaysia di sana dikhabarkan selamat dan keselamatan mereka akan sentiasa dipantau oleh Education Malaysia Chicago  dari masa ke masa.  Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa berada di tempat yang lebih selamat dan tertutup sepanjang fenomena sejuk melampau ini berlaku.


Kredit Foto : Malay Mail




Wan Abdul Rahman Wan Azhar, 21 iaitu pelajar Ijazah Pengurusan Rantaian Bekalan, Iowa State University menceritakan pengalamannya berhadapan dengan keadaan sejuk melampau  ketika keluar dari rumah sehingga menyebabkan tangan membeku dengan cepat.


Menurutnya,


"Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas. Tidak sampai lima minit, tangan dah rasa macam beku dan sakit,: katanya ketika dihubungi BERNAMA.


Kemudian seorang lagi penuntut di universiti itu, Muhamad Imran Maszeri, berkata alat pemanas terpaksa dinaikkan dari suhu 20 ke 30 darjah Celcius . Beliau juga terpaksa memakai empat lapisan pakaian bagi memanaskan badan untuk keluar ke universiti dan membeli barang keperluan. - CARI




Sumber :https://ythisnews.com/29-killed-in-us-midwest-due-to-extreme-cold/,https://weather.com/en-IN/india/news/news/2019-02-01-extreme-cold-hits-us-midwest-and-northeast,https://www.wvlt.tv/content/news/Midwest-awaits-spring-like-thaw-just-days-after-bitter-cold-505195611.html,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/527218/pelajar-malaysia-di-kongsi-pengalaman-sejuk-melampau,https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/525178/fenomena-vorteks-kutub-landa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 05:40 PM | Show all posts
tengok gambar je pun dah rasa nak gigil
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg thn.lepas malaysia sejuk 26c tu pun malam x leh tidur.. sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kucing2 dan anjing2 terbiar. ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 08:33 PM | Show all posts
macam movie The Day After Tomorrow
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 10:34 PM | Show all posts
wow tgk gambar pun da terasa apatah lg yg disana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2: Kesian kucing2 dan anjing2 terbiar. ....


Terfikir benda yg sama juga.. Mcmanalah kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara kat sini panas berdenting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok gambar pun akak dah rasa sejuk. Bersyukur sungguh duduk di malaysia walaupun dilanda penipuan demi  penipuan orang politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065288 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list