Seorang lelaki mengadu kepada doktor mengenai kesakitan dan rasa rengsa melampau di hujung kemaluannya, diiringi oleh bau-bauan yang meloyakan.
Rupa-rupanya, ianya berpunca daripada smegma yang berkumpul pada kulup zakarnya dan tidak pernah dibersihkan selama ini!
Kredit foto: Carian Google
Dalam episod terkini The Sex Clinic yang kini menjadi bualan ramai di UK, lelaki itu yang hanya dikenali dengan nama Zack telah berjumpa dengan Dr. Naomi untuk mengadu mengenai kulupnya yang tidak boleh ditarik.
Apabila doktor tersebut mencuba menariknya, lelaki itu mengadu rasa janggal walaupun tidak mengalami kesakitan.
Kredit foto: The Mirror
Selepas disiasat oleh doktor, rupa-rupanya Zack tidak pernah mencuci kulup kemaluannya selama 24 tahun!
Zack memberitahu, selama ini dia hanya menggosok dan membersihkan anggota sulitnya dari luaran. Selain itu dia juga dikatakan pernah mendapat jangkitan Gonorrhea.
Kredit foto: The Mirror
Diasak lebih mendalam oleh pengacara Sarah Mulindwa mengenai tabiat kurang bersihnya, Zack berkata anggota sulitnya sangat sensitif, jadi dia tidak dapat mencuci dan menyabunnya dengan sempurna.
Kredit foto: The Mirror
Pengakuan Zack secara terbuka dalam rancangan TV itu mendapat tanggapan yang berbelah bagi. Ada penonton yang merasa bersimpati dengannya, manakala ada juga yang memujinya kerana berani tampil dalam rancangan TV memperkatakan tentang isu yang agak sensitif.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun ramai yang berpandapat, rancangan TV itu bermanfaat untuk menjadi pengajaran kepada para lelaki untuk membersihkan kemaluan mereka dengan sempurna untuk mengelakkan penyakit, terutamanya mereka yang masih berkulup.
Sebenarnya Zack bernasib baik kerana tidak mendapat penyakit berbahaya selama 24 tahun! -CARI |