Di kala orang ramai berusaha untuk menjaga hubungan baik antara kaum, muncul segelintir individu sengaja memainkan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan masyarakat.
Terbaru, tular video di sebuah sekolah di mana seorang lelaki Melayu dirakam memanggil salah seorang pelajar dengan panggilan kurang senang didengari.
Terkilan dengan sikap ditunjukkan individu itu, seorang lelaki India, Kartik Tiben tampil meluahkan kekecewaannya terhadap keperibadian ditunjukkan lelaki terbabit yang didakwa merupakan guru di sekolah berkenaan.
"Sebab cikgu macam awak lah cikgu lain dapat nama buruk.
"Sepatutnya seorang cikgu menunjukkan contoh baik.
"Kamu ni virus tau! Macam bakteria. Kamu sebarkan virus rasis!" ujarnya marah dan dalam masa sama, menggesa supaya pihak berwajib mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
Ramai orang Melayu lain meminta maaf bagi pihak lelaki berkenaan selain menzahirkan rasa malu di atas perlakuan biadabnya itu.
Namun, beberapa individu tampil menjelaskan lelaki terbabit bukan seorang guru seperti dakwaan orang ramai.
Sebaliknya, dia merupakan salah seorang pelajar di sekolah itu yang mengamalkan konsep pemakaian smart casual.
Kredit foto: FB Kartik Tiben
Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. - CARI |