Belanda cukup popular dengan bunga Tulip, dan menjadi bunga kebangsaan negara ini. Tetapi, tulip bukanlah satu-satunya yang didapati di Belanda, bahkan bunga Sakura juga tumbuh subur di negara ini.
Bagi melihatnya, anda boleh sahaja pergi ke Amsterdan Bos Park. Bunga sakura di taman ini dihadiahkan oleh Japan Women's Club pada tahun 2000 sebagai tanda hubungan di kedua-dua negara dan juga memperingati mangsa Tsunami Jepun pada tahun 2000.
Kredit Foto:Google
Buat masa ini, Amsterdam Bos Park sudah mempunyai 400 pokok sakura dan setiap pokok di sini mempunyai nama yang mana 200 pokok bernama wanita Jepun dan 200 pokok lagi menggunakan nama wanita Belanda.
Setiap April, festival sakura berlansung di sini dan pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan.
3. Jerte Valley, Sepanyol
Kredit foto: Google
Jerte Valley adalah sebuah lembah yang penuh dengan ladang anggur. Namun apa yang istimewa, setiap akhir bulan Mac hingga awal bulan April, bukit ini akan berubah menjadi putih kerana terdapat dua juta pokok sakura yang mekar sehingga menjadikan bukit ini kelihatan putih.
Kredit foto: Google
Untuk mengalu-alukan ketibaan sakura,
Festival Bunga Sakura Lembah Jerte atau dalam bahasa Sepanyol bernama
La Fiesta del Cerezo en Flor diadakan bagi merayakannya.
Pada perayaan ini anda tidak hanya berpuas hati melihat keindahan bunga sakura, tetapi menonton konsert muzik, membeli cendera hati di pasar kraf tangan, pameran, dan juga lawatan melihat bunga sakura.
4. Macon, Georgia
Kredit foto:Google
Tidak kalah dengan negara lain, Amerika Syarikat juga mempunyai perayaan Sakura yang cukup meriah. Di Macon, Georgia, terdapat festival yang dipanggil
Washington, D.C.'s National Cherry Blossom Festival.
Melalui perayaan ini, pengunjung akan melihat 300,000 pokok sakura yang menjadikan bandar ini menjadi merah jambu dalam masa beberapa hari.
Kredit foto:Google
Apa yang lebih menarik, pengunjung tidak perlu membuat bayaran dan bebas untuk masuk dan menyertai perayaan tahunan ini.
5. Vancouver, Columbia United Kingdom
Kredit foto: IDNTimes
Bunga sakura sudah tinggal di Vancouver, British Columbia sejak tahun 1930-an. Bunga ini dihadiahkan oleh Datuk Bandar Kobe dan Yokohama yang berkhidmat pada masa itu.
Setelah beberapa dekad, Vancouver mempunyai 43,000 pokok sakura dan 500 daripadanya terdapat di Van Dusen Botanical Garden. Bunga sakura di UK akan muncul pada akhir bulan Mac hingga akhir bulan April dan penduduk akan mengadakan festival yang dipanggil Vancouver Cherry Blossom Festival.
6. Cibodas Botanical Garden, Indonesia
Kredit foto: Google
Tidak perlu jauh-jauh ke negara Jepun atau Korea, cukup saja pergi ke negara jiran iaitu di Cibodas Botanical Garden, Bogot, Jawa Barat Indonesia kerana di sana juga memiliki pokok sakura.
Sakura mula ditanam pada tahun 1970-an sehingga akhirnya taman botani memutuskan untuk membuat taman tematik istimewa ini untuk bunga Jepun pada tahun 2007.
Kini, Cibodas Botanical Garden mempunyai sejumlah 435 pokok sakura dan mekar dengan indahnya kerana iklim di taman botani ini sama seperti suhu di Jepun. Uniknya, bunga sakura di Taman Botani Cibodas juga akan berbunga dua kali setahun iaitu pada Januari-Februari dan Julai-Ogos.
7. Jardim Botanico, Curitiba, Brazil
Kredit foto: IDNTimes
Brazil adalah salah satu negara yang mempunyai penduduk Jepun paling banyak di dunia. Jadi, tidak hairanlah jika negara ini mempunyai pokok sakura.
Sakura pertama kali ditanam oleh orang Jepun yang berhijrah ke Brazil sekitar 110 tahun yang lalu. Kini, pokok sakura dapat dilihat di Jardim Botanico atau Jardim Botanical Gardens di bandar Curitiba.
Uniknya, bunga sakura di Brazil tidak berbunga pada musim bunga tetapi permulaan musim sejuk pada bulan Julai.
Menarik bukan? - CARI
Sumber: https://www.idntimes.com/travel/destination/lia-89/bukan-cuma-jepang-7-negara-ini-juga-punya-festival-sakura-c1c2/full