View: 1600|Reply: 10
|
Wanita Maut Dibelasah Dengan Topi Keledar Kerana Cemburu
[Copy link]
|
|
Seorang wanita maut akibat cedera di kepala selepas dipukul kekasih dengan topi keledar.
Gambar Hiasan
Memetik Utusan, kejadian berlaku ketika pasangan terbabit bersiar-siar di Persiaran Bayan Indah, Pulau Pinang kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 37 tahun dalam keadaan mabuk ketika menuduh suspek, 55, ada skandal dengan wanita lain hingga tercetus pertengkaran.
Berang dituduh, suspek bertindak memukul kepala mangsa dengan topi keledar sebelum cuba dihalang orang awam yang kemudian menghubungi polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi semalam.
Foto: Utusan
Hasil siasatan awal mendapati, pasangan itu sudah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu, namun baru empat hingga lima bulan lalu mereka mula menjalin hubungan serius.
Semakan polis juga mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.
Suspek diremah tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata rempit dah tuo pulak...
Laki tak berguno macam ni takyah lah nak cemburu sangat akak...membazir je |
|
|
|
|
|
|
|
15thn berkawan.. baru nak serius ohhh |
|
|
|
|
|
|
|
bak kata abang jamil.. dah tua pun bodoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu dadah.....tak melayu, rentung pot pura.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh my..teringat video yg tular hari tu..yg lelaki tu pi langgar gf dia..nasib baik tak mati anak org tu...kalau tak jadi kes bunuh siap ada bukti org rakam lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua tiga hari ni, ada je kes jenayah, kes pelik dari negeri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially yang tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin macam mana lah. Minta dijauhkanlah dari orang macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
jeligoreng replied at 2-4-2019 10:19 AM
Yang langgar guna motor tu ke?? Benci betul laki yang angkat tangan kat perempuan ni especially ya ...
Ya, video yg tu..crazy kan..kita doa doa sgt supaya mata tak 'buta' kalau dah berpasangan nanti... |
|
|
|
|
|
|
| |
|