|
Burger paling mahal di dunia kini boleh didapati di sebuah restoran di Jepun dengan harga RM3700 sebiji. Menu khas itu direka oleh Patrick Shimada, seorang Chef di Restoran Oak Door yang terletak di daerah Roppongi, Tokyo.
Uniknya, burger itu hanya akan dijual sehingga Jun tahun ini.
Kredit foto: Mirror
Dinamakan Burger Gergasi Keemasan, ia seberat 1 kilogram patty, hirisan daging lembu Wagyu, foie gras (hati itik), cendawan, keju, tomato dan bawang. Saiz rotinya juga mencecah enam inci lebar dan 10 inci tinggi. Selain itu, burger ini juga ditaburkan dengan serbuk emas.
Menurut laman web restoran itu, burger gergasi berkenaan dicipta sempena pertabalan maharaja baru jepun, Putera Mahkota Naruhito.
"Sempena pertabalan Maharaja baru, Restoran Oak Door menghidangkan menu khas yang boleh didapati dalam dua saiz," kata Chef restoran itu.
Kredit foto: Mirror
Menurut Patrik lagi, beliau bangga menjadi generasi Jepun keempat dalam keluarganya dan berasa bertuah dapat melihat peralihan tampuk pemerintahan tertinggi Jepun yang jarang berlaku.
Kredit foto: Mirror
"Saya mahu menyumbang memori sekali dalam hidup dengan mereka Burger Gergasi Keemasan sebagai satu sambutan untuk meraikannya," tambahnya.
Burger itu ditaburkan dengan emas sebagai satu bahan tradisi Jepun dalam memberikan penghormatan kepada tetamu.
Kredit foto: Mirror
Sesiapa yang mampu dan ingin mencuba burger berharga RM3700, ini bolehlah berkunjung ke restoran berkenaan. Tetapi diingatkan, anda perlu memesan tiga hari lebih awal. Berbaloi ke? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|