CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2784|Reply: 19

'Sebak Tengok, Gigihnya Cikgu Ni'- Menanda Kertas Pelajar Walau Ditahan Dalam Wa

[Copy link]
Post time 4-4-2019 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Kerjaya seorang guru selalu dibebankan dengan tugasan yang tidak menentu masa. Seringkali kerja terpaksa dibawa balik untuk mengejar masa. Paling mustahak, kertas pelajar juga perlu ditanda, direkodkan dan dipulangkan tepat pada masanya.







Kredit foto: Twitter







Sebab itulah, kadang-kala di tengah kesibukan, musim cuti ataupun semasa berada dalam keadaan kurang sihat, ramai golongan guru masih lagi bersengkang mata menyelesaikan kerja mereka.




Menurut pemilik akaun Twitter @Nisa, gambar itu menujukkan guru mereka yang sedang gigih menanda kertas pelajar walaupun sedang ditahan di wad sebuah hospital. Gambar itu juga dikatakan telah tersebar di WhatApps mereka sekelas.





Kredit foto: Twitter









Bersimpati dengan guru tersebut, ramai netizen memuji usaha guru tersebut menyelesaikan tugasannya walaupun sedang ditahan di dalam wad.


'Masa tu kita sedang melawat cikgu kan? Sebak lihat cikgu sedang buat kerja dalam ekadaan sakit' kata seorang rakan sekelas Nisa.





Kredit foto: Twitter







'Semoga urusan Cikgu dipermudahkan, dan kesihatannya bertambah baik' kata seorang lagi.





Kredit foto: Twitter



Kredit foto: Twitter







Tidak ketinggalan ada beberapa orang guru yang berkongsi pengalaman yang hampir sama. Seorang lagi netizen menceritakan kegigihan ibunya, seorang guru, yang bertungkus lumus menanda kertas walaupun dalam keadaan berpantang kelahiran kembar.





Kredit foto: Twitter







Walaupun begitu, ada netizen yang menyalahkan sindrom lebihan beban guru ini kepada guru besar sekolah yang tidak bertimbang rasa.


Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang sanggup mengorbankan masa luar pejabat mereka demi mendidik anak-anak.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Respect your tcer...guru adalah insan mulia ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi alam. Kalau takder guru takdernye Kita mengenal abc and Dan 123.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga hidup sentiasa diberkati dan dirahmati Allah Taala..aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 05:19 PM | Show all posts
Mereka yang tahu tanggungjawap yang harus dilunaskan je sanggup berbuat sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
good job..lagipun boring kut duduk dalam wad lama2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Guru muda pulak, kongsi gambar surat peminat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tgk. Tapi nak buat mcm mana kan. Dah tanggungjawab. Perlu digalas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 11:16 PM | Show all posts
harap tak buat cikgu terus sakit dengan jawapan students dia hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 05:37 AM | Show all posts
Ramai cikgu2 mcm ni... Aku selalu jumpa. Warded tp gigih tanda kertas periksa especially lepas musim exam. Ye lah, diorg kan ada target deadline nk kena masuk markah dalam sistem, if diorg x tanda kertas xda cikgu len nak ganti n nnti lambat x sempat kejar deadline.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik cikgu.. selalu respek dengan semua yg bergelar cikgu ni.. moga dimudahkan urusan cikgu2 semua aameeen
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 09:20 AM | Show all posts
bila org yg tahu tanggungjawab...semoga cikgu ni cepat sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dada aku rasa berat dan sebak tgk pic ke 3 cikgu tu mbongkok tgk test paper tu...
Al fatihah utk semua cikgu2 ku yg dah pergi mnemui Penciptanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:09 AM | Show all posts
Bapa aku dulu cikgu. Time tu aku masih kat universiti lagi. Bila time aku cuti, jadi tukang tanda kertas jawapan anak murid dia. Bapa aku dah siap2 lubangkan kertas objektif tu untuk aku tanda.
Time aku jadi cikgu GSTT dulu, dah ada mesin tanda kertas objektif. Tapi berpinar mata tanda kertas karangan budak2, especially yang BI. Pening nak betulkan ayat diorang. Kalau kelas hujung tu senang nak tanda, sebab diorang salin balik soalan je
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sy juga seorang guru..kdg2 sebagai manusia kita ada ujian serta kesedihan..tetapi bila melihat pelajar terus rasa sihat dan bersemangat & hilang rasa sakit..pelajar rasa seperti anak sendiri dan sentiasa cuba berikan yg terbaik kerana kita juga mengharapkan anak kita dididik sedemikian
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Guru adalah true icon sebenar.! Patut dinaikkan martabat seorang guru.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 11:11 AM | Show all posts
guru2 senior cmni la aku respek..mostly cikgi2 senior n ckgu2 muda alpa dgan tugasan hakiki..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 11:35 AM | Show all posts
sebenarnya bila seseorang tu dah suka dgn kerja dia, tak kira masa dia akan buat.
macam aku dulu workhaholic, tak siap kat opis, sambung balik buat ket rumah sampai tgh2 mlm.
weekend pg  kerja, public holiday pg kerja.  terima kasih family aku sebab bersabar dgn kerja aku.
nasib baik laa aku dah tukar kerja. lama2 dah dpt buang habit tu. kerja pun dah rilek2 sekarang .. keh keh kehhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 5-4-2019 11:35 AM
sebenarnya bila seseorang tu dah suka dgn kerja dia, tak kira masa dia akan buat.
macam aku dulu wo ...

Sama la.. bersengkang mata siapkan keje. Harammm org hargai. Kalau cuti jgn harapla de org nak tolong settle pe2 yg urgent
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pun ada. Apasal ambil gambar personal org pergi viral. Violating peoples privacy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2019 09:00 PM | Show all posts
                       
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.107473 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list