Gambaran netizen tentang jajaran baharu ECRL sekiranya melalui Negeri Sembilan.
Kredit foto: Facebook
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijadikan bahan lawak oleh netizen berikutan kenyataannya berhubung perubahan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan.
Ramai di antara mereka sukar menerima pengumuman itu kerana ia boleh menyebabkan jajaran asal yang menghubungkan Pantai Timur dan Pelabuhan Kelang terpaksa dilencongkan.
Lim Guan Eng. Kredit foto: Facebook
Sebahagian besar netizen menyifatkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuat pengumuman sedemikian semata-mata untuk menarik sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Dr S. Streram dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.
Sehubungan itu, beberapa netizen melalui ruangan komen dalam laman Facebook milik Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menyarankan kepada kerajaan untuk melencongkan jajaran ECRL ke semua kawasan yang bakal menghadapi PRK termasuk Sandakan.
Kredit foto: Facebook
Ada juga netizen yang melontarkan cadangan 'nakal' agar nama ECRL dalam bahasa Inggeris ditukar sempena perubahan jajaran tersebut.
Antara nama baharu yang disarankan adalah 'East Coast Rantau Link', 'East Coast Rantau Lim' dan 'Wild Wild East West North South Railway Link (WWEWNSRL)'.
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Di sebalik segala kecaman yang dilontarkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perubahan jajaran ECRL akan dilakukan untuk memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya projek itu diteruskan selepas rundingan antara kerajaan Malaysia dan China dijalankan pada akhir bulan ini.
Memetik laporan Bernama pada 7 April, Anthony menjelaskan, rundingan yang bakal diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu antara lain bertujuan membincangkan pengurangan kos projek ECRL.
Kredit foto: Facebook
Memang patutlah dikecam netizen. Rundingan untuk meneruskan projek ECRL belum pun bermula, namun Guan Eng sudah membuat pengumuman. - CARI
|