Tidak boleh berjalan sejak lahir, Sumaiyah Ghazali seorang gadis OKU di Singapura menceritakan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood untuk menyara kehidupan.
Sumber Gambar: Berita Harian Singapura
Kerana tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain, Sumaiyah nekad mahu bekerja dan menyara dirinya sendiri. Penyakit Celebral Palsy tidak mampu untuk menghalang wanita cekal ini untuk mencari rezeki seperti orang lain.
Sumaiyah pernah bekerja di pejabat suatu ketika dahulu, namun dia berhenti kerana tangannya tidak kuat untuk menjalan kerja-kerja pejabat dan sering dimarahi kerana cara kerjanya sedikit perlahan daripada orang lain.
Katanya lagi, dia menghantar makanan menggunakan pengangkutan awam iaitu bas untuk pergi ke rumah pelanggannya dan kadang kala dimarahi oleh pelanggan apabila lambat menghantar makanan.
Antara dugaan besar dalam menghantar makanan bagi Sumaiyah adalah ketika hujan. Dia akan berteduh menggunakan payung dan proses penghantaran makanan juga akan menjadi sedikit lambat kerana jalan raya akan menjadi lebih sesak ketika hujan.
Kisah yang memberi inspirasi ini boleh memberi pengajaran buat kita agar tidak cepat berputus asa dalam kehidupan! - CARI
|