CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9229|Reply: 22

Jual atau simpan kereta lama?

[Copy link]
Post time 14-4-2019 08:39 AM | Show all posts |Read mode
Hai semua.

Nak tanya pendapat semua. Dalam family, kami ada sebuah kereta dan sebuah motorsikal. Isteri seorang suri rumah dan ada seorang anak. Kereta (vios 2005) dan motorsikal tu tiada loan lagi. Kami ingat, nak simpan kereta dan buat tabungan sikit. tapi, makin hari, kereta selalu break down. Aku tak kisah nak baiki, memang ada duit simpanan (dah asingkan siap duit loan dan mantain kereta). Tapi, ada sekali, kereta accident dan langgar kereta lain, sebab brek kosong. Tekan brek, brek tak berfungsi. Nasib baik masa tu bawa perlahan sebab nak berhenti lampu merah kt simpang. Kereta kemek lah sikit, dan cermin retak sebab anak tercampak ke cermin. Aku rasa mcam terkilan juga, sebab sebelum ni baru hbs nak rm1500 maintain kereta gantikan arm depan, suspension kt belakang dan gnti starter plug). Aku rasa mcam kereta ini tak selamat lagi.

So, aku ada bincang dengan isteri untuk ambil kereta baru. Tapi, aku tengah fikir utk jual sahaja kereta lama ni sebab isu safety. Tapi, dalam benda yang sama, aku rasa mcm susah juga bila ada kt rumah sebuah kereta. Susah, kalau ada apa2 jadi kt kereta, tiada lagi second car. tapi, bila bayangkan kereta lama dgn isu safety, aku takut lak.

Bagaimana? Patut ke aku jual atau simpan kereta? Ke isu brek kosong ini benda yang terpencil dan kereta lama aku ni masih selamat lagi?

Untuk pandang semua.

Terima kasih.

Note: panjang lak share. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual je beli baru
Downpayment gunakan duit jualan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual! Sebab kalau simpan, confirm tersadai jadi besi buruk.. baik jual sekarang sementara ada sikit value.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:01 AM | Show all posts
pakai je? tu bukan bmw or mercedes. cari mekanik bagus .

kalau bmw mercedes lampu keluar kat dashboard dah duit melayang .. tu belum lagi kereta terbang peYno kipas tak berpusing..

beli baru? :
> hutang tambah
> beban tambah
> tiada jaminan kereta ok ( semua kereta ada problem cuma kereta keluar kilang ada warranty coverage)
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk duit beli baru.. Hutang ngan bank bermula. Komitment tiap bulan. Standbyr

Xda duit baiki cari yg pakar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 14-4-2019 11:34 AM

Kalau nak jual pastikan ikut prosedur yg betul. Tukar hak milik. Sebab pernah jadi pada seseorang yg iols kenal. Kereta dijualnya tanpa tukar hak milik. Tahun 2018 kena tangkap reman dengan polis sebab ada kes bersangkut dengan kereta tahun 2013. Kes gaduh, ugut di puchong. Sedangkan heols tak pernah jejak puchong. Menetap di Penang dan heols dah jual kereta tu pada tahun 2010. Rupanya polis nak buat 'roadshow'. Dekat seminggu jugalah kena dok dalam lokap. Kereta tu pun dah tak ada, dah dilerai, tinggal enjin saja. Sepanjang di lokap,  tak dibenarkan bertemu sesiapa termasuk keluarga. Yang keluarga pun tak tau kenapa dia kena tangkap. Nasib baik lepas jua.. Bila balik terus binggung. Dah macam hilang waras.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x nk jual, make sure kereta lama tu tip top condition..  LBuang duit sikit, hntr mekanik, repair apa yg patut.. Weols ni pun ada ja kete baru, kete 2nd hand.. Semua kena tip top.. Bwk nyawa org kut. Kete baru pun mcm2 hal. Senang ckp, kalau x pndi jaga, kete baru ke, kete lama pun blh jahanam.. Seminggu sekali buat rutin cek.. Jgn main bwk ja..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
U pun ckp psl security kan. Kalau keta lama tu membahaya kan jual jer lah. Kalau emergency boleh guna grab car or teksi jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2019 03:04 PM | Show all posts
repair selagi bleh repair

hantar pd pakar utk konfemkan

jgn wat loan baru bg bank unutng

time2 gawat camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 08:31 PM | Show all posts
tulah. ramai kata jgn buat loan, repair selagi boleh. mcm aku kata, sebelum ini memang aku repair kete. bila bab safety, aku terus hantar repair. sebab bagi aku, duit boleh cari. tapi, bila jadi mcm ni, aku rasa tak syok. tambahan, bila tgk anak smpai tercampak ke cermin, sedih beb.

Nak cari pomen dan bangkel yang jujur dan pakar, susah. aku ingt dah jumpa bangkel yg bagus, tu yg aku baiki mcm2 dgn hrpan, kereta vios lama ni berfungsi dgn baik. tapi, sebaliknya. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 08:33 PM | Show all posts
onexox97 replied at 14-4-2019 08:41 AM
Jual je beli baru
Downpayment gunakan duit jualan

tulah, tgk fikir2kan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 08:36 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-4-2019 10:01 AM
pakai je? tu bukan bmw or mercedes. cari mekanik bagus .

kalau bmw mercedes lampu keluar kat das ...

tulah boss. aku dah cuba cari mekanik yg bgus. tp, bila jadi mcm ni, rasa tak syok. betul tu, kereta toyota ni tak mahal sangat mcm kereta continental. aku willing je bayar mantainance. aku sebelum minggu kejadian, baru hntar kereta utk baiki. siap tinggalkan seharian, minta depa buat major service. kalau ada rosak, baiki terus. tapi, bila kena benda ni, aku rasa mcm kereta ni tak safe lagi. lebih2, aku selalu drive jauh (Perlis-Melaka).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2019 08:38 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 14-4-2019 12:27 PM
U pun ckp psl security kan. Kalau keta lama tu membahaya kan jual jer lah. Kalau emergency boleh gun ...

nsb baik ada grab sekarang. kereta tak de ni, aku amik grab jer. tulah, rs mcm tak secure keta ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2019 08:42 PM | Show all posts
Me cuma fikir kalau ada emergency cam anak sakit, bini boleh terus drive ke hospital tanpa tunggu you atau grab ke apa...

Tapi bergantung kalau bini you tahu drive ke apa. Tapi kalau jual pun laku ke, sapa nak beli kereta asyik rosak..

Dan memang kena beli kereta baru pun...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Jual je. Kereta baru mmg la hutang bertambah, tapi terjamin selamat, ada warranty. Beli kereta baru dlm kemampuan.

Kereta lama tu jual je. Apa pulak takut kalo jadi apa2 xde 2nd car. Skrg kereta u ada berapa? 1 jugak kan. Apa2 ada je grab 24 hours.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 02:43 AM | Show all posts
Edited by precious_chicas at 15-4-2019 02:49 AM

Okay bang, izinkan ai berceloteh. Tak izin pun takpelah, nak gak nyibuk sini.


Okay....masalah sebenar kalau beli keta baru pun maintenance tak nak jaga semudah check brake pad, inshaallah lambat laun akan eksiden juga nanti dgn kereta baru sekalipun. Keta lama jadi safety issue sebab abg tak jaga dia leklok dari awai.

Prinsip dia senang je bang, bayar sedikit untuk jaga maintenance keta terutamanya crucial parts mcm brek dan tayar serta basic maintenance enjin mcm minyak enjin dan oil filter akan mengurangkan kebarangkalian keta breakdown atau eksiden. Ai rasa abang ni jenis kalau time mentenen keta, cuma cukup takat tukar minyak enjin dan filter je kot di bengkel2 luar? Brek pad, hos brek tak check? Biasanya masalah brek ni bukan dia haus time2 tu ja...mesti akan ada dulu simptom2 awalan...ai yg pompuan ni pun tau kalau brek mulai bermasalah.

Kalau beli keta tapi kedekut jaga maintenance, ai nasihatkan lebih baik jangan beli keta baru. Macam kawen la. Abang baru2 kawen masa isteri tengah cantik, body slim seksi bagai. Lepas lima tahun abang komplen awat bini jadi gemuk kusam bagai. Dah abang tanak jaga 'maintenance' kecantikan isteri mmg jadi lagu tulah...haaa nampak dak ai nak konar tang mana ni?

Belilah kereta baru kalau mampu, tapi ingat pengajarannya sila ikut jadual maintenance keta. Keta lama pun kalau mau repair makan duit jugak kot. Repairlah seadanya dan juai. Kalau tak mampu beli keta baru rasa terbeban dgn installment, repair je keta lama bagi elok pakai.

Oh satu lagi sebagai tambahan. Macam yg ai buat, cuba study sket bila ada masalah keta. Dalam gugel melambak info apatah lagi kalau ada join mana2 kelab kereta untuk share info dan bertanya masalah. Contoh ai ada keta preve, join kelab CVT ke proton kat facebook duk tgk org share problem keta2 cvt, proton, preve bagai sambil bertanya. Yelah bukan semua bengkel ni jujur. At least kita pun ada knowledge sebelum nak antar dan masa terima keta dari bengkel.


sori bang kalau marah, moga hidup semakin ceria bersama keluarga tersayang.

#hakakpunmainketalaju


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2019 09:34 AM | Show all posts
vios ni termasuk dlm kategori kereta low maintenance, aku ader sebiji 1st model (dah bagi kat adik ipar pakai), memang kadang2 meragam, tapi bila dah repair ok je....pasal brek tak makan tu pada aku isu kecik je, mungkin hose brek bocor, atau pam bocor...
yg jadi isu besar di sini - NAK BELI KERETA BARU - haha... pastu nak hadap lagi hutang 7-9 tahun...
menten je kete vios tu bro... cari pomen yg bagus, kalau kena gaya kete lama tuan tu lagi sedap dari kete kete saga baru   
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 10:22 AM | Show all posts
nasihat i cuma beli la safety/booster seat untuk anak..
amalkan semua pakai seat belt bila masuk kereta..
tak kira la walau mereka duduk di bonet sekali pun..
ikat la badan ketat-ketat demi keselamatan ye..
tak guna kalau kereta tip top sekali pun kalau kita amik mudah pasal safety
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 03:35 PM | Show all posts
sebab ai pompuan...ai vote beli kete baru. safety issue.
fyi, 1st car pakai 10yrs..now kete baru da beli 2thn..
kete 1st bagi terus kat adik lelaki.tak amik tau dah
nanti dah cukup 7thn - i nak beli lagi kete lain, maybe jual..kalau i dapat settle kan thn ke5 pun bagus
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah kos maintenance mcm lagi untung byr instalment kereta ada baiknya beli baru..cuma part eksiden tu mmg kita xdpt nak jangka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067300 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list