Sebagai satu usaha untuk menggalakkan warga negara Indonesia untuk keluar mengundi pada pilihanraya Presiden 17 April ini, pelakon Indonesia Nicholas Saputra bakal memberikan hadiah kepada mereka yang turun mengundi.
Pelakon yang sering dianggap eksklusif itu dikatakan bakal memuatnaik gambar selfie pertamanya di Instagram. Selama ini, Nicholas tidak pernah memuatnaik sebarang gambar peribadi, hanya gambar pemandangan sepanjang pengembaraan dan percutiannya. Ini menyebabkan ramai peminat menggesa beliau untuk 'membelanja' gambar selfie.
Kredit foto: Carian Google
Dalam satu video yang menampilkan Nicholas dan beberapa orang karyawan seni Indonesia termasuk penerbit Mira Lesmana, pelakon Dian Sastrowardoyo, Lukman Sardi, Baim Wong, Sherina Munaf, Widi Mulia, Susan Bachtiar, Ben Joshua, dan penulis skrip Raya Makarim, mereka menyeru seluruh masyarakat Indonesia yang layak untuk keluar mengundi dan menunaikan hak pada 17 April nanti.
Kredit foto: Carian Google
April 2019 semakin hampir, kita kamu, kamu, dan negara Indonesia akan membuat keputusan penting, jadi keluarlah mengundi siapapun pilihan kamu??? kata selebriti itu bergantian memberikan ucapan.
'Jangan serah bulat-bulat kepada orang lain, mengundi adalah hak demokrasi ' mereka melanjutkan.
Di bahagian akhir video itu, penerbit Mira Lesmana dan pelakon Dian Sastrowardoyo sempat menjanjikan bahawa Nicholas Saputra bakal 'membelanja gambar selfie' jika jumlah rakyat Indonesia yang mengundi tinggi.
'Pergilah ke pusat pengundian terdekat, kalau kamu mengundi, Nicholas Saputra akan posting gambar selfi di Instagram buat pertama kalinya' kata Mira.
Kredit foto: Carian Google
Jenaka mereka berdua itu bagaimanapun disambut dengan wajah penuh kemerahan oleh Nicholas. 'Eh, kenapa aku pula, biar pelakon kacak seperti Jefri Nichol sahaja yang selfie' katanya cuba mengelak.
Nampaknya, pelbagai cara dibuat oleh selebriti Indonesia untuk menarik rakyatnya keluar mengundi. Semoga berjaya! - CARI
|