Pelakon cantik dan berbakat besar, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin semalam meluahkan rasa sedihnya apabila menerima cacian dan makian daripada individu yang dirahsiakan namanya gara-gara menjual produk.
Individu tersebut menghantar mesej berbaur cacian dan makian meminta Zara untuk meneruskan sahaja karier lakonannya dan tidak perlu menjual produk kerana produknya tidak mendapat sambutan. Lebih mengejutkan lagi apabila individu tersebut menyuruh Zara untuk menjual 'badan' sahaja kerana ianya pasti akan mendapat sambutan hangat. Biadap!
Kredit foto : Ig ZaraZya
"Hina sangat ke kalau saya nak berniaga?," tulis Zara Zya kecewa sambil bertanya apa salah dia sehingga individu tersebut mengaitkan perniagaannya dengan keluarga pelakon jelita itu.
Kredit foto : Ig Zara Zya
Sedih kerana melibatkan ahli keluarga...
Kredit foto : Ig Zara Zya
Produk tak haram. Kalau tak puas hati bincang secara berdepan.
Kredit foto : Ig Zara Zya
Perkongsian Zara tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata meminta Zara untuk mengabaikan sahaja individu tersebut dan meminta dia untuk lebih bersemangat meneruskan perniagaannya.
Kredit foto : Ig Zara Zya
Malah, rakan-rakan artis turut memberi sokongan kepada Zara.
Kredit foto : Ig Zara Zya
Hati kalau dah busuk, tengok orang minum air kosong pun boleh dengki. Jadi, nasihat kami kepada Zara, abaikan sahaja kata-kata negatif yang diterima. Keep strong! -CARI |