Jika anda peminat serta obses dengan 'pearl' yang dihidangkan dalam minuman 'bubble tea', mungkin boleh cuba resipi baru ini. Sedap ke resipi ini? Anda boleh cuba dulu sebab penulis berasa sedikit 'aneh' untuk mencubanya.
Resipi yang diberi nama telur dadar pearl ini telah dipopularkan dan ditularkan oleh pengguna twitter. Gambar yang tular di media sosial itu menunjukkan cara penyediaan telur dadar yang dicampur dengan bebola pearl. Namun, mendapat reaksi negatif pula oleh netizen!
|