View: 1365|Reply: 3
|
Lelaki Parah Ditetak Sebab Tak Bagi Abang Duit
[Copy link]
|
|
Lelaki parah ditetak abang dengan parang selepas mengacuhkan suspek yang meminta sejumlah wang daripadanya.
Menurut Harian Metro, kejadian berlaku di Kampung Baru Bahagia, Anak Musang, di Jerteh,jam 1.30 petang, kelmarin.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa, 26, berada di rumah bersama abangnya berusia 33 tahun sebelum mereka bertengkar.
Gambar Hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, pihaknya percaya kejadian berpunca apabila mangsa mengabaikan permintaan suspek yang mahu sejumlah wang.
Berang permintaannya diacuhkan, suspek mengambil parang dan menetak pergelangan tangan kiri mangsa sebelum melarikan diri.
Bapa mereka berusia 69 tahun yang menyedari kekecohan berlaku membawa mangsa ke Hospital Besut sebelum lelaki itu dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Tambahnya, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jerteh semalam untuk tindakan.
Suspek kini dalam buruan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
walapun artikel kat bagitau, tapi mesti dia ambik barang kan. dengan tak malunya mintak duit kat adik pastu diparangnya pulak budak tu. sila mereput |
|
|
|
|
|
|
| |
|