Drama Nur 2 yang ditayangkan pada jam 10 malam di slot Samarinda TV3 mendapat sambutan yang hangat daripada para penonton sehinggakan akaun media sosial para pelakon drama tersebut 'diserang' dengan pelbagai komen yang terkesan dengan drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
Pelakon Azar Azmi atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi yang membawa watak sebagai seorang pelacur yang bernama Juita juga tidak terkecuali apabila ada yang meninggalkan komen 'berang' dengan watak Juita dalam Drama Nur 2 tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila dia turut menerima mesej berbaur lucah yang mengajaknya untuk melakukan hubungan intim gara-gara watak jahat yang dibawa olehnya.
Menerusi laporan mStar Online, Azar mengakui terkejut apabila membaca mesej-mesej tersebut kerana dia tidak menyangka ada yang taksub dengan watak pelacur yang dilakonkan olehnya.
"Sampai ada yang DM ajak buat hubungan seks dengan style kucing. Malah, ada juga yang buat tempahan dengan harga RM150," ujar Azar seperti yang dipetik dari mStar Online.
Bagaimanapun, Azar tidak mengambil serius akan perkara itu dan menganggap yang individu-individu tersebut hanya mahu mengusik.
Kredit foto : Ig Azar Azmi
"Biarkan jela, saya tak balas pun komen-komen itu. Malas nak meroyan!" tambah Azar yang terkenal dengan watak Juita itu.
Dalam pada itu, Azar turut mengakui dan bersyukur lakonannya dalam drama Nur 2 telah berjaya membuka mata ramai pihak akan bakat lakonannya sehinggakan dia tidak henti-henti menerima tawaran untuk menjadi pelakon.
Kalau diikutkan Azar sudah pun mula aktif dalam dunia lakonan semenjak tahun 2016, tetapi watak Juita yang dipegangnya dalam Nur 2 telah berjaya mengangkat namanya sebaris dengan pelakon berbakat yang lain. -CARI
Post time 25-4-2019 07:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
fadz84 replied at 25-4-2019 06:43 PM
Nah nilaikan, masa ni dia join Dewi Remaja tahun 2010. Tahun sama lofa menang.
iols tak dpt bandingkan sebab dia gerak gerak lol. Tapi macam sama.kalau tengok gambar family. Mak dia, adik beradik dia memang hidung mancung. Tapi iols masih ragu ragu HAHA