Bila dah minat dengan seseorang artis, sudah pastilah peminat sanggup membayar harga tiket ataupun CD untuk menikmati nyanyian mereka.
Kredit Foto: Carian Google
Sebab itulah konsert penyanyi luar banyak mengaut keuntungan kerana peminat berpendapat berbaloi untuk berbelanja tinggi bagi menonton persembahan artis kesayangan mereka.
Kredit Foto: Facebook
Bagaimanapun, tindakan penganjur pertunjukan penyanyi muda Aiman Tino mengenakan bayaran untuk swafoto dengan artis itu dikatakan sudah melampau.
Menurut laman Facebook Kota Belud Info, penyanyi itu akan muncul memeriahkan Pesta Lampu di Kota Belud pada 29 April ini. Bagaimanapun, penganjur telah mengambil kesempatan dengan menjual tiket khas VVIP untuk berswafoto dengan penyanyi tersebut.
Kredit foto: Facebook
Menurut pengumuman itu lagi, tiket adalah terhad dan hanya ditawarkan untuk pembeli terawal. Bagaimanapun, harga tiket istimewa itu tidak dinyatakan dalam iklan dan hanya mengarahkan peminat supaya menghubungi nombor yang tertera.
Iklan berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Beberapa peminat mempertikaikan penganjur dan penyanyi itu yang cuba mengambil keuntungan tambahan.
Malah, rata-rata netizen menyatakan tidak berbaloi untuk mereka membayar harga tinggi semata-mata untuk berswafoto.
Kredit foto: Facebook
'Selfie pun berbayar ke? Melampau lah, lagi bagus bergambar dengan kuda!' kata seorang netizen.
'Inilah kali pertama saya melihat promosi seperti ini. Terdesak sangat ke orang Kota Belud?' kata seorang lagi.
Bagaimanapun ada juga peminat yang mempertahankan penyanyi itu dan menyalahkan pihak penganjur.
Kredit foto: Facebook
'Kalau tak mahu pun, tak payahlah keluarkan kata-kata kesat menjatuhkan maruah orang. Lebih baik diam, jualan tiket selfie ni tak ada paksaan untuk sesiapa pun,' kata mereka menyatakan sokongan kepada Aiman.
Memang tak ada paksaan pun, jika tak berminat tak ada salahnya. Tapi melampaulah untuk mengenakan bayaran hanya untuk berswafoto beberapa saat. Berbaloi ke? Adakah ia salah penyanyi ini atau ketamakan pihak penganjur? - CARI |