Pesawah di Saitama, Jepun bekerja pada waktu malam (gambar hiasan). Kredit foto: The Japan Agri News
Rata-rata netizen menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar rakyat menanam padi pada waktu malam sebagai satu idea yang mengarut.
Memetik komen-komen mereka dalam laman Facebook Utusan Online, perkara itu dianggap tidak praktikal selain mendedahkan pesawah kepada risiko digigit ular berbisa yang berkeliaran pada waktu malam.
Ada juga yang menyatakan bahawa waktu malam sepatutnya diluangkan untuk beramal ibadat dan berehat setelah penat bekerja seharian.
Kredit foto: Facebook
Netizen turut mempersoalkan kemampuan kerajaan dari segi penyediaan infrastruktur seperti lampu yang diperlukan untuk menerangi kawasan sawah pada waktu malam.
Perkara itu dibangkitkan kerana masih ada lampu jalan sedia ada yang rosak namun belum dibaiki oleh pihak bertanggungjawab.
Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, segelintir netizen melihat cadangan itu dari sudut yang positif dengan menyarankan agar dilakukan penambahbaikan dalam sistem pertanian negara.
Kredit foto: Facebook
Memetik laporan Utusan Online pada 2 Mei, Dr. Mahathir berkata, beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi mempermudahkan dan meringankan kerja rakyat.
Beliau percaya langkah itu berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang pada masa ini dianggarkan serama tujuh juta orang.
Pesawah lazimnya melakukan pekerjaan mereka pada waktu siang. Kredit foto: Pinterest
Mungkin lebih baik sekiranya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperhalusi cadangan Perdana Menteri itu dan membincangkannya dengan golongan pesawah yang lebih arif tentang pekerjaan mereka. -CARI
|