Kredit foto: JPJ
Pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung kelonggaran yang diberikan terhadap penggunaan cermin gelap pada kenderaan menerima bantahan daripada para netizen.
Mereka menyuarakan pandangan sedemikian dalam ruangan komen dalam laman Facebook milik Anthony berikutan pengumuman yang dibuatnya pada 7 Mei.
Antara kebimbangan yang disuarakan menyentuh tentang aspek keselamatan jalan raya dan menyukarkan usaha polis membendung kegiatan jenayah.
Kredit foto: Facebook
Malah, netizen turut meminta Anthony melakukan pusingan U dengan membatalkan atau menangguhkan peraturan baharu tersebut.
Kredit foto: Facebook
Ada juga dalam kalangan mereka yang mempersoalkan pelaksanaan peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 8 Mei itu kerana ia didakwa memihak kepada golongan kaya.
Kredit foto: Facebook
Anthony Loke Siew Fook. Kredit foto: Malay Mail
Walaupun menerima dikecam hebat serta dikritik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anthony tetap mahu meneruskan pelaksanaan peraturan baharu cermin gelap itu.
Memetik laporan Malay Mail pada 9 Mei, beliau menyarankan agar PDRM mengkaji teknologi terkini untuk mengesan penjenayah dan bukannya terlalu bergantung kepada pemeriksaan kenderaan semata-mata.
Mungkin ini salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil memandangkan pemohon perlu membayar yuran permohonan sebanyak RM50 dan sekiranya diluluskan, mereka perlu membayar RM5,000 untuk permit yang sah selama dua tahun.
Namun, pandangan semua pihak terutamanya agensi keselamatan dan rakyat perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat serta diumumkan. - CARI |