Tidak lagi menghiraukan pendapat buruk netizen terhadapnya, Fynn Jamal lebih menumpukan usaha dakwahnya di media sosial Instagram. Antara yang dilakukan ialah berkongsi ilmu pengetahuan dengan pengikutnya serta membuka ruangan 'Ask' untuk dijawab secara terus. Persoalan mengenai puasa, hubungan kekeluargaan, anak angkat dijawab secara kemas oleh Fynn.
Namun ada juga soalan yang seakan meminta bala apabila bertanyakan tentang perkara yang diketahui memudaratkan seperti bercinta dengan suami orang dan sebagainya. Ini membuatkan Fynn memberi jawapan pendek tapi padu kepada mereka. Ramai yang bersetuju dengan jawapan terhadap soalan maut tersebut.
Tetapi, timbul isu apabila dalam masa sama, ibu kepada Juna dan Dedek ini seperti tidak konsisten dengan apa yang dimaksudkannya. Fynn tetap mengeluarkan iklan produk yang tidak patuh syariah dan membawa kemudaratan. Hal ini membuatkan mereka bertanya kewajaran pelantun lagu Arjuna Beta menyalahgunakan status sebagai 'influencer'.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Iklan yang dimaksudkan ialah memutihkan seluruh badan dengan mengamalkan produk makanan tambahan. Hal ini bertentangan dengan prinsip Fynn sendiri yang tidak mahu melawa kepada ajnabi. Ia dipersoalkan oleh segelintir netizen dengan kewajaran iklan ini. Namun jawapan Fynn menyelesaikan segala-galanya.
"Seperti kotak rokok tulis “merokok membawa mudarat”, jangan lah beli. I know you meant well. Me too. Apa yang orang tak nampak, gradually i am updating my terms in iklan2. Orang tak perasan pun dah banyak jenis iklan yang dah tak lepas kat IG ni. Ads diuruskan management, dia dah bayar— kita tokleh kensel kalau takda dlm terma dan syarat, nanti kena saman. Walau pun iklan setakat RM200, ada je sanggup nak bertekak sbb nak traffik kami. God knows berapa ramai yang terpaksa refund sebab i reject. Pelan2 la. sebab itu i make awareness, sebab i hope people listen. Rilek. semua benda tokleh main hembus je. Take time."
Menurut Fynn lagi, dia dalam usaha mengetatkan syarat pengiklanan dan di masa akan datang, perkara sebegini tidak akan berlaku lagi. Dengan penjelasan itu, netizen yang tadi mempersoalkan kewajaran iklan tersebut berpuas hati. Apatah lagi sebenarnya Fynn banyak memberi dorongan kepada anak-anak muda untuk berubah ke arah kebaikan menerusi jawapan di IG Story.
Kredit foto: IG Story
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG Story
Manusia boleh berubah, asalkan ada kemahuan. Jadi, inisiatif Fynn harus dipuji kerana memberi perkongsian yang berguna kepada anak-anak muda di luar sana. Apa kata anda? - CARI
|