"Ulama berbeza pendapat tentang hukum sambut Hari Ibu."
Setiap kali tibanya sambutan atau perayaan yang tidak berkaitan dengan Islam, maka bermulalah pelbagai pihak berdebat mengenai hukum jika menyambutnya.
Kredit foto: Twitter
Terbaru, Pencetus Ummah (PU) Azman memberi pencerahan berhubung kekeliruan melanda orang ramai mengenai hukum sebenar sambutan Hari Ibu.
Menurut penjelasan PU Azman di Instagramnya, terdapat dua pandangan berbeza daripada dua mazhab.
"Mazhab pertama, HARAM. Dengan hujah bid'ah dan mengikut budaya barat atau agama lain. Manakala, Mazhab kedua berpendapat ia HARUS dengan syarat..." ujarnya.
Usai memberi pencerahan berhubung isu yang menjadi perdebatan ramai ini, PU Azman berharap agar netizen berhenti bertelagah.
"Yang tak nak sambut Hari Ibu, tindakan anda barangkali lebih selamat untuk pengamalan Islam dalam hidup.
"Tapi, jangan menuduh orang yang sambut Hari Ibu sebagai kafir kerana ia bergantung kepada niat seseorang," tambahnya.
Bagaimanapun, seorang netizen masih belum berpuas hati dengan penjelasan PU Azman selain mendakwa Ustaz Azhar Idrus sendiri berkeras melarang umat Islam daripada menyambutnya dan menyifatkan perayaan agama lain adalah haram untuk diraikan.
Kredit foto: IG PU Azman
Bak kata PU Azman, kalau ada ulama yang menegahnya, maka ada juga ulama yang membenarkannya dengan syarat di atas. Jadi, bagaimana ni? - CARI |