Tragedi malang menimpa sebuah keluarga, lagi 15 minit nak berbuka puasa.
Zuraidah Majid, 46 dan anaknya, Muhammad Afiq Azman, 23 melecur akibat periuk tekanan yang digunakan untuk memasak menu berbuka puasa meletup.
mStar Online melaporkan, anak perempuan Zuraidah, Emma Azman, 27 mengakui sedih dengan apa yang terjadi.
"Ramadan tahun ini sedih. Adik lelaki meraung, menangis kesakitan.
"Saya masa itu bersama suami dalam perjalanan ke rumah ibu. Sampai-sampai semua tengah kelam kabut. Ayah pun dah suruh buang periuk tu, dia cakapa jangan sesiapa lagi guna selepas ini."
Kejadian yang berlaku di Bukit Beruang, Melaka itu menyebabkan Zuraidah mengalami luka terbakar tahap satu manakala anak lelakinya tahap dua.
Afiq (kiri ), Zuraidah (Kanan) Foto: Twitter
Mereka terpaksa menjalani pembedahan skin grafting bagi menampal semula kulit yang cedera.
Sementara itu, doktor belum pasti jika Afiq boleh sembuh menjelang Aidilfitri nanti.
Zuraidah dan suami, Foto: mStar Online
Menurut Emma lagi, ibunya sudah mula memasak dari pukul 4 petang tapi tak tahu kenapa periuk tekanan tersebut tak keluarkan wap.
"Masa tu dah pukul 7, ibu nak buka penutup periuk tapi masih ketat. Dia panggil adik minta tolong buka, terus meletup. Sup terpercik satu dapur." -CARI |