View: 2054|Reply: 3
|
9 Tip Berpuasa Untuk Si Penghidap Diabetes
[Copy link]
|
|
Tidak semua orang dapat merasai ibadah berpuasa terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik.
Jom kita lihat 9 tip berpuasa bagi mereka yang menghidap diabetes atau kencing manis oleh Dr Daphne Su-Lyn Gardner, Konsultan Kanan Jabatan Endokrinologi, Singpore General Hospital.
Sebelum berpuasa
1. Anda tidak wajib berpuasa jika keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Sepertimana disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 184 hingga 185. Jika anda bergantung kepada insulin,kegagalan buah pinggang dan beberapa keadaan kronik, anda dibolehkan tidak berpuasa.
2. Anda masih boleh beroleh ganjaran berpuasa dengan membantu menyediakan makanan untuk berbuka kepada golongan yang memerlukan.
3. Mendapatkan nasihat doktor yang merawat untuk berpuasa 2 bulan sebelum Ramadhan. Adalah penting bagi seorang penghidap mengetahui cara berpuasa yang selamat dan cara pengambilan dos ubatan yang sesuai berdasarkan nasihat pakar.
4. Berpuasa sunat sebelum Ramadhan untuk mengetahui sebarang masalah bakal mendatang dengan nasihat doktor.
Ketika berpuasa
1. Elakkan dari tidak bersahur. Jika terlupa bersahur, jangan berpuasa pada keesokan harinya. Cuba untuk bersahur setiap hari ya.
2. Minum 8 gelas air setiap hari. Seeloknya minum air putih secukupnya ketika bersahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air dari dalam badan.
3. Awasi tahap glukos dalam darah apabila berpuasa.
4. Ketahui jika berlaku kadar glukosa darah tinggi, tahap glukosa darah rendah atau kehilangan air yang teruk.
5. Jika tanda-tanda ini berlaku anda harus berbuka puasa segera; glukos darah kurang dari 4.0 mmol/L, mengalami perasaan seperti gegaran, banyak berpeluh, pening kepala hampir mahu pengsan, palpitasi, kelaparan dan kekeliruan.
Selepas berpuasa
Segeralah berbuka puasa tanpa berlengah dan makanlah dengan kadar sederhana. -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yup. 2 hari lepas g klinik sbb tiba2 kepala pening, fikiran celaru Dan nak muntah..
Saya pun ada epilepsi. Doktor nasihat kan jgn puasa buat be berapa hari. Risau bila gula rendah ada risiko kena sawan |
|
|
|
|
|
|
|
My mum diabetes. Bila puasa suddenly dia tido tapi i tgk dia berpeluh2. Rupanya hypo. Mujur cepat sedar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|