CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6100|Reply: 72

Budak 10 Tahun Beraya Tanpa Mata, Hancur Terkena Mercun

[Copy link]
Post time 3-6-2019 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak 10 tahun mungkin buta selepas mata kanannya parah terkena letupan mercun.


Kejadian berlaku di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, menyaksikan kanak-kanak tersebut bermain mercun bola di kawasan rumahnya.


Harian Metro melaporkan, mangsa cuba menyalakan mercun yang diletakkan dalam tin namun tidak meletup.


"Mangsa kemudiannya cuba memeriksa tin berkenaan, namun ketika dia membuka penutup tin itu secara tiba-tiba berlaku letupan.


"Letupan itu menyebabkan serpihan tin itu terkena pada mata kanan mangsa sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan."


Harian Metro


Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pekan namun dirujuk ke  Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, disebabkan keadaannya yang serius.


Pakar perubatan menemui serpihan tin dalam mata mangsa yang hancur dan tidak berfungsi.


Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan.


Gambar-gambar mangsa sebelum ini tular berikutan ia dimuat naik oleh doktor yang merawatnya di media sosial. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 10:36 AM | Show all posts
mujur ada sebelah lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:41 AM | Show all posts
penguatkuasa melayu tidak menjalankan tugas dgn baik dalam memerangi penjualan mercun di pasar ramadan dan tepi2 jalan. Hasil penjualan mercun adalah haram ibarat hasil menjual daging babi dan memakan daging2 babi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sebelah ke dua2 belah ni mata ni..
alahai dik..kreatif ko tak bertempat..
kat skolah cikgu suh ko tunjuk skil..tak mo lak...huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ternampak kt fb gambo mata dia
Doktor nk like lebih ke cane..
Biasa camtu la kn.. Mercun x meletup - gi belek - baru nk meletup
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:56 AM | Show all posts
penguatkuasa tak tegas

kalau pelajar universiti wat assignmnent, ada buku ISIS, terus kene serbu dgn komando , bawa sub mesingan skali dalam rumah,t erus tuduh student tu pengganas, bole la plak?

ni penjual mercun, ko tak ambush pun, dorg ramai aja jual kt param sana..tak nmpk ka??... mana pi semua yg bertanggungjawab ni? nk jawab kt neraka ka?

hunt la dorg, cam suspek terrorist,
mercun bola ni mmg dh mcm bom dah, patut jejak smpai ke lubang cacing,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2019 10:57 AM | Show all posts
adoi tak pasal buta sebelah nak oi
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:07 AM | Show all posts
Allah dik,
umur berapa nii?
siannya..
moga ada sinar baru,
moga segera pulih..

jap, doc viral pic dlm socmed dpt kebenaran pesakit/parents x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 11:09 AM | Show all posts
ouchhhhh.. aduhhh sepanjang hayat tanggung derita buta sebelah mata., takziah dik. smga jadi pengajaran kt bebudak lain.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:13 AM | Show all posts
Ya Allah.. seram nya
dlm FB ada doc tu upload gmbar mengerikan sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 3-6-2019 10:43 AM
Ternampak kt fb gambo mata dia
Doktor nk like lebih ke cane..
Biasa camtu la kn.. Mercun x ...

Dengan izin ayah dia tu. Baik ayah dia, walaupun tau semua akan hencap, dia sanggup bagi permission supaya orang lain ambil pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak sangat main mercun sudahnya apa dpt.? Elok2 ada dua mata, hilang sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:21 AM | Show all posts
setiap tahun ada mangsa mercun.. tlg la adik2 jgn main mercun. stkt bunga api ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarasaleh: Dengan izin ayah dia tu. Baik ayah dia, walaupun tau semua akan hencap, dia sanggup bagi permission supaya orang lain ambil pengajaran


Mana ayah dia masadia main mercun ni.. budak2 mana blh lepas main sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:40 AM | Show all posts
cina bakar mercun kasi halau hantu..
melayu main mercun serupa hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 11:47 AM | Show all posts
best tu buta sebelah....bole jadi pirate of the caribbean..............apa2 syabas kerana telah jadi OKU....nanti bole dpt elaun khas pastu standby skrip utk buat cite sedih kat BersamaMu TV3....surat khabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru mercun bola..kalau mercun ketupat,komfem terbakar muka tu..len kali dik,jgn ltk mercun tu dlm tin..aiolzs dah hilang rasa kesian kt budak2 mcm ni....sendiri cari penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak kesian sbb budak2 xpenah nak serik, some more dpt parents jenis bebas je budak nak beli apa main apa. Pas meletop meratib xsudahh. Meols adik2 meols xmain bunga punn.. malas nak melayan. Kalu nak bwk deols pegi kedai buku suruh deols pilih nak buku apa.. ambik la byk mana punnn. Anak jiran meols dah kena tampor dek opah meols sbb main mercun kotak tuh baling kat keta, parents ada lansung mulut xbunyik larang anak ke hapa.. Last2 opah meols pegi tanya sapa buat then tampor sebijik. Senyap la kejap, but then mula main balik.. baling kt jalan raya, kt keta org, atas bumbung rumah org. Mak ayah reti ngesek sajorkk!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka parents dia zbb anak ko dah cacat
Esok2 dah besor susah ko nak cari keje dik..cashlah..selayaknyalah kan.degil nak mampos
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah dik, nak nyesal dah terlambat. Dah hilang pun sebelah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051782 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list